3 maut kemalangan berasingan

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

TAWAU: Tiga maut termasuk seorang pejalan kaki dalam dua kemalangan jalan raya berasingan, di sini, semalam.

Kejadian pertama membabitkan seorang wanita gelandangan berumur 30-an yang maut selepas dilanggar sebuah bas mini, di Jalan Persisiran kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan cuba melintas jalan sebelum dilanggar bas mini dari arah Pasar Tanjung Tawau menghala ke Terminal Bas, Sabindo.

“Apabila sampai di bulatan Jalan Persisiran, mangsa secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu bas mini berusia 34 tahun, tidak sempat mengelak disebabkan jarak terlalu dekat.

“Impak pelanggaran itu, mangsa terhumban lebih kurang dua meter atas jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan media di sini, lewat malam tadi.

Sementara itu, dalam kejadian kedua, penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas merempuh pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang membuat pusingan “U” di Batu 3 1/2 Jalan Apas, pada jam 3.20 petang.

“Penunggang dan pembonceng masing-masing berumur 17 tahun maut di lokasi kejadian manakala pemandu jip berumur 62 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak Polis masih meneruskan siasatan lanjut dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker