Cristiano Ronaldo paling cergas

LONDON: Cristiano Ronaldo masih mendahului pemain Manchester United yang lain dalam latihan walaupun diletakkan di bangku simpanan kerana dikatakan kurang cergas.

Ronaldo, 37, tidak menyertai skuad United untuk aksi pramusim ke Asia dan Australia atas sebab keluarga sebelum pulang bagi beraksi menentang Rayo Vallecano awal bulan ini.

Walaupun Anthony Martial dalam pemulihan kerana kecederaan kecil, bintang Portugal itu masih diletakkan di bangku simpanan ketika tewas 2-1 kepada Brighton dan masuk pada babak kedua.

Bos baharu, Erik ten Hag menjelaskan selepas itu bahawa keputusan berkenaan dibuat berdasarkan tahap kecergasan pemain itu.



Bagaimanapun imej dikongsi di akaun Twitter kelab menunjukkan legenda Real Madrid itu sedang berada di tahap terbaik.

Dan dia kini makin hampir untuk diletakkan dalam kesebelasan utama United, walaupun terdesak untuk meninggalkan kelab berkenaan apabila mereka akan ke Brentford Sabtu ini.

Kelab dari Old Trafford itu berkongsi gambar skuad itu dalam latihan dan ia menunjukkan Ronaldo menewaskan rakan sepasukan lain dalam ujian pecut.

Ten Hag mendedahkan Ahad lalu bahawa dia yakin kecergasan Ronaldo akan meningkat selepas dia tidak menyertai perlawanan pramusim.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker