Saya tak tandatangan kontrak pun

Oleh – Syeikh Baran


Saya tak tandatangan kontrak pun
RUHAINIES tidak pernah menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut

Susulan dakwaan tidak komited dalam kerja sebagai duta dengan sebuah produk kecantikan dan kesihatan, pelakon Ruhainies bagaimanapun menegaskan tidak menandatangani sebarang kontrak dan menerima bayaran daripada pihak terbabit.

Dalam masa sama, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memaklumkan bahawa dakwaan tersebut sangat mengelirukan dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.



“Isu ini sebenarnya sangat ‘straightforward’ (jelas). Saya tidak menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut. Bayaran pun masih ada masih tertunggak, kontrak pun belum tandatangan.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Takkan nak kerja percuma?” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Sementara itu, pelakon drama Hello, Mr. Perfect! yang aktif menjadi duta kepada banyak produk itu turut meninggalkan pesanan kepada pengasas produk lain agar dapat bekerja secara telus.

“Jangan ada niat jahat dalam berniaga,” ujarnya ringkas.



Hari ini, pihak Aurebelle Beauty memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Ruhainies atas alasan tidak menjalankan kerja dan komitmen sebagai duta produk mereka iaitu Mixberries Royal Women.

Mereka turut mendakwa Ruhainies melanggar kontrak dengan menarik diri sebagai duta produk mereka.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button