Salah jawab kritikan legenda Mesir

Oleh – Syeikh Baran


Salah jawab kritikan legenda Mesir
Mohamed Salah membidas pengkritik yang mempersoalkan komitmennya kepada Mesir apabila dia kembali ke England bagi menerima rawatan. – Foto AGENSI

Mohamed Salah membidas pengkritik yang mempersoalkan komitmennya kepada Mesir apabila dia kembali ke England bagi menerima rawatan.

Bintang Liverpool itu cedera dan terpaksa dikeluarkan ketika Mesir seri 2-2 menentang Ghana dalam saingan Piala All PostsNegara-Negara Afrika di Ivory Coast minggu lalu.



Salah dilaporkan mungkin terpaksa berehat beberapa minggu akibat kecederaan hamstring dan akan mendapat rawatan di Merseyside.

Kepulangannya ke England mengundang kritikan daripada bekas pemain tengah Mesir, Ahmed Hassan yang mendakwa kapten kebangsaan itu sepatutnya kekal bersama skuad untuk memberi sokongan kepada rakan sepasukan.

Namun Salah menegaskan, keputusan untuk pulang ke England dipersetujui oleh Mesir dan Liverpool.

“Semalam saya memulakan rawatan dan proses pemulihan, saya akan cuba sebaik mungkin untuk pulih dalam kadar segera serta kembali bersama pasukan kebangsaan seperti dipersetujui.

“Saya juga menyintai Mesir dan rakyatnya,” kata Salah.



Liverpool juga menegaskan yang mereka akan cuba memastikan Salah kembali cergas menjelang final AFCON bulan depan.

“Mesir dan Liverpool mempunyai pandangan yang sama, kami mahu Mo Salah cergas secepat mungkin.

“Jika dia kekal di sana dan tidak mendapat rawatan sebaiknya, ia akan melambatkan lagi proses pemulihan, terutama jika Mesir melangkah lebih jauh di kejohanan itu.

“Jadi kami bawa dia ke sini bukan kerana mahu merampasnya daripada Mesir, tetapi kerana mahu membantu daripada segi rawatan,” kata pengendali Liverpool, Jurgen Klopp. – AGENSI



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button