Zeti “kunci utama” selesai kes SRC & 1MDB?
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dipercayai merupakan “kunci utama” bagi menyelesaikan kes SRC dan 1MDB.
Pendedahan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai penglibatan Zeti dan suami, Tawfiq Ayman memang mendapat perhatian pihak berkuasa.
Malah beberapa laporan polis turut dilaporkan berdasarkan apa yang didedahkan Tommy Thomas menerusi satu perbualan video.
Menurut laporan terakhir yang dilaporkan di media, segala kertas siasatan berkaitan Zeti dan Tawfiq telah lengkap namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang tindakan diambil.
Romen Bose, seorang pengarang buku berkata : “Saya bingung bagaimana Thomas dapat membaca bab 1MDB tetapi gagal menyentuh mengenai sesuatu yang begitu nyata, iaitu kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2018/2019 yang didakwa mengenai bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop.”
Untuk menuduh siasatan tidak dilakukan adalah tidak wajar sama sekali namun rakyat terus menanti apakah tindakan susulan dari kertas siasatan tersebut?
Apa yang rakyat perlu tahu sekarang, apa tindakan terhadap semua pembongkaran skandal serta individu terlibat.
Semua sistem perundangan Malaysia kini sedang diperhatikan bukan sahaja pemimpin dunia.
Pelabur juga memerhati apa sahaja keputusan yang dibuat berkaitan skandal SRC dan 1MDB yang akan dijadikan panduan.
Tawfiq dan Zeti ; apa tindakan Pejabat Peguam Negara?