Abang Tesla Kongsi foto bersama Baby Shima dan Mondy Tattoo

Netizen saran  sunting jadi isteri ketiga dan keempat

Abang Tesla Kongsi foto bersama Baby Shima dan Mondy Tattoo

Abang Tesla Kongsi foto bersama Baby Shima dan Mondy Tattoo
Abang Tesla sekali lagi mengundang perhatian netizen.

PERTEMUAN empat mata antara pempengaruh media sosial Abang Tesla, penyanyi Baby Shima dan Mondy Tattoo mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian foto yang dimuat naik oleh Abang Tesla atau Muhammad Khaliltizam Yusri di Instagram, Shima dilihat turut menconteng wajahnya bagi menyerupai seperti cacahan tatu.

Abang Tesla dengan berseloroh membuat kapsyen bertanyakan kepada netizen untuk meneka yang mana satu adalah Mondy kerana kedua-dua mereka dilihat memiliki tatu pada bahagian wajah.



 

Abang Tesla Kongsi foto bersama Baby Shima dan Mondy Tattoo
Abang Tesla bersama isteri pertama (kanan) dan isteri kedua (kiri).

Bagaimanapun, gurauan itu mendapat perhatian netizen apabila ada yang menyindir supaya Abang Tesla mengahwini kedua-dua wanita itu untuk dijadikan isteri ketiga dan keempat.

Adjust dua-dua bang… Ada lagi kosong dua (isteri) kan?

“Jadi nombor tiga dan nombor empat la bang… Dah alang-alang.



“Bini nombor tiga dan empat, kau memang champion bro,” tulis netizen.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman video TikTok dimuat naik Abang Tesla yang memaklumkan dirinya sudah berkahwin dua.

Lelaki itu memberitahu yang perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertamanya.

 



Abang Tesla Kongsi foto bersama Baby Shima dan Mondy Tattoo
Abang Tesla sebelum ini mencetus buah mulut netizen.

Lebih mengundang kemarahan netizen apabila Abang Tesla mengeluarkan kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.

Terdapat satu lagi kenyataan yang dibuat iaitu dirinya secara berseloroh memberitahu tidak menolak akan berkahwin lagi jika isteri keduanya juga tidak mampu memberikan zuriat.

Bagaimanapun, Abang Tesla menjelaskan soal anak bukan punca dia berkahwin dua sebaliknya ada faktor dalaman yang tidak dapat diendahkan.

Abang Tesla Kongsi foto bersama Baby Shima dan Mondy Tattoo


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button