Urawa Reds dikecewakan Hanoi FC

Urawa Reds dikecewakan Hanoi FC

Urawa Reds dikecewakan Hanoi FC
URAWA (jersi merah) kempunan untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu selepas terkandas di peringkat kumpulan. – REDS OFFICIAL

HANOI – Juara bertahan, Urawa Red Diamonds terpaksa menanggung malu apabila perjalanan mereka di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini terkandas sekadar di peringkat kumpulan.

Ia ekoran kekalahan mengejut 1-2 kepada wakil Vietnam, Hanoi FC pada aksi terakhir Kumpulan J di Stadium Nasional My Dinh malam tadi, sekali gus me­ranapkan peluang juara Asia tiga kali ke pusingan seterusnya.

Sekiranya menang, gergasi Jepun itu berpeluang mara sebagai salah satu daripada tiga pasukan tempat kedua terbaik bersama dua lagi wakil Korea Selatan iaitu Ulsan Hyundai dan Incheon United.



Biarpun menamatkan aksi Kumpulan J di tangga kedua tetapi situasi Urawa yang hanya meraih tujuh mata membolehkan satu lagi wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors meraih slot terakhir ke pusingan 16 terbaik kejohanan.

“Sukar untuk kami menerima keputusan ini. Kami memerlukan kemenangan kerana kami mahu mengulangi kejayaan sebagai juara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




“Malangnya kami gagal me­lakukannya. Saya memohon maaf kepada para penyokong yang hadir jauh ke sini (Vietnam) untuk memberi sokongan kepada kami,” kata penjaga gol Urawa, Shusaku Nishikawa.

Bagaimanapun, Urawa terpaksa berputih mata selepas Pham Tuan Hai menyempurnakan sepakan penalti untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat Hanoi tiga minit sebelum permainan tamat.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama dalam tempoh 16 tahun pasukan dari Jepun tewas kepada wakil Asia Tenggara.

Pohang Steelers pula mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan J selepas seri 1-1 dengan wakil China, Wuhan Three Towns. – AGENSI



Urawa Reds dikecewakan Hanoi FC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading