Parti Yang Mempunyai Senarai Pemimpin Kompeten Menjadi Pilihan Pengundi

Parti Yang Mempunyai Senarai Pemimpin Kompeten Menjadi Pilihan Pengundi

Parti Yang Mempunyai Senarai Pemimpin Kompeten Menjadi Pilihan Pengundi

Ketiga-tiga parti besar yang akan bertanding di dalam PRU 15 (BN, PH dan PN) sudah melancarkan manifesto PRU 15.

Terakhir yang melancarkan manifesto adalah Barisan Nasional.



Agak melucukan apabila Pakatan Harapan dilihat malu untuk menggunakan perkataan manifesto pada kali ini.

Pakatan Harapan menggunakan perkatan ‘tawaran’ bagi menggantikan perkataan ‘manifesto’.

Sebabnya tidak perlu penulis nyatakan di sini kerana satu Malaysia sudah sedia maklum.

Namun apa yang mesti disedari pengundi, terutamanya pengundi yang baru kali pertama mengundi, manifesto yang menarik sahaja sebenarnya tidak mencukupi.



Manifesto hanyalah sekadar janji-janji yang dicatat di atas kertas untuk dijadikan sebagai bahan kempen.

Yang paling penting bagi kita sebagai rakyat adalah keupayaan ahli politik yang berada di dalam parti tersebut dalam menunaikan janji pilihanraya mereka.

Pengundi mesti bijak untuk menilai siapakah pemimpin-pemimpin yang menganggotai sesebuah parti politik.

Apakah mereka mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik sekiranya diberikan mandat.



Kerana di tangan merekalah akan kita sandarkan harapan untuk kehidupan yang lebih selesa di masa hadapan.

Dan tidak hanya cukup sekiranya sesebuah parti politik itu hanya mempunyai seorang sahaja pemimpin yang berpengalaman.

Sejarah hitam pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional telah membuktikan, walau pun dipimpin oleh pemimpin yang berpengalaman, namun kumpulan yang kompeten adalah penting.

Malah, ianya sangat penting.



Pasukan Yang Berpengalaman Dan Kompeten Sangat Penting

Parti Yang Mempunyai Senarai Pemimpin Kompeten Menjadi Pilihan Pengundi

Dr Mahathir dan Muhyiddin mempunyai pengalaman mentadbir yang cukup lama.

Tetapi oleh kerana mereka di kelilingi oleh kumpulan menteri yang tidak ada pengalaman dan tidak kompeten, maka pentadbiran mereka gagal.

Manakala Ismail Sabri pula agak kurang dari sudut pengalaman pentadbiran jika dibandingkan dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin.



Dan Ismail Sabri juga mewarisi kumpulan menteri yang hampir sama dengan yang dimiliki oleh Muhyiddin.

Tetapi mengapa Ismail Sabri dilihat sedikit berjaya berbanding Dr Mahathir dan Muhyiddin?

Adakah kerana Ismail Sabri seorang pemimpin yang hebat?

Realitinya kerana Ismail Sabri didokong dan disokong oleh parti yang cukup berpengalaman dalam pentadbiran negara.



Oleh itu, jangan undi parti yang cuma ada seorang dua sahaja pemimpin yang berwibawa, tetapi lihat secara keseluruhan pemimpin di dalam parti tersebut.

Sekiranya mandat diberikan kepada Pakatan Harapan, mungkin Anwar akan menjadi perdana menteri.

Tetapi siapakah yang akan menjadi menteri kewangan dan menteri hal ehwal ekonomi?

Adakah Lim Guan Eng akan sekali lagi akan menjadi menteri kewangan???

Dan sekiranya Perikatan Nasional pula diberikan mandat, mungkin Muhyiddin akan menjadi perdana menteri.

Tetapi siapakah yang akan menjadi menteri kewangan dan menteri hal ehwal ekonomi?

Adakah Azmin Ali akan menjadi menteri kewangan dan Ahmad Faizal Azumu (Peja) menjadi menteri hal ehwal ekonomi?

Barisan Nasional mempunyai deretan pemimpin yang kompeten untuk mengisi apa juga kementerian sekiranya diberikan mandat.

Barisan Nasional mempunyai Tok Mat Hassan, Isham Jalil, Johari Ghani untuk mengisi jawatan menteri kewangan dan menteri ekonomi.

Jadi, jangan tersalah pangkah untuk kali ini kerana negara benar-benar memerlukan sebuah pasukan yang berpengalaman dan kompeten untuk membaiki kerosakan yang telah berlaku.

Bukannya menteri yang membasuh longkang yang bersih atau mencuci tahi tikus selepas banjir!!!

 

Parti Yang Mempunyai Senarai Pemimpin Kompeten Menjadi Pilihan Pengundi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button