RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Kuala Lumpur – Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), tiupan angin di rantau negara dijangka menjadi lemah dan pelbagai hala dalam tempoh 27 – 30 Ogos 2022.
Keadaan ini adalah kondusif untuk pembentukan awan ribut petir terutama pada sebelah petang hingga awal malam.
Sehubungan itu, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, Sarawak (tengah dan utara), barat Sabah serta WP Labuan dalam tempoh berkenaan.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Alam Sekitar dan Air

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button