Lagi laporan polis diterima

Lagi laporan polis diterima

Lagi laporan polis diterima
Lagi laporan polis diterima

KUALA TERENGGANU: Polis menerima satu laporan berhubung hantaran di Facebook yang boleh mendatangkan ketakutan kepada masyarakat pada hari kesembilan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu.

Ketua Urusetia PRN Polis Kontinjen Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin, berkata laporan yang dibuat di Balai Polis Chukai itu diterima semalam.

Beliau berkata, ia dibuat selepas pengadu yang melayari Facebook melihat satu hantaran ayat yang berbunyi `umdap sedang cuba mencipta rusuhan seperti mana yang berlaku pada 13 Mei’.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sebanyak 55 permohonan ceramah juga diluluskan semalam dengan 36 permohonan daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (18) dan Pakatan Harapan (satu).

“Polis akan kekal komited dalam mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam selari dengan Akta Polis 1967 dan lain-lain peruntukan undang-undang yang sedia.

“Semua pihak juga diharap dapat memberi kerjasama dengan mematuhi segala peraturan yang ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Lagi laporan polis diterima


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading