Mahathir Beri Tekanan Kepada Agong Dalam Proses Pengampunan Anwar?

Mahathir Beri Tekanan Kepada Agong Dalam Proses Pengampunan Anwar?

Mahathir Beri Tekanan Kepada Agong Dalam Proses Pengampunan Anwar?

Mengikut perkara 42(4)(b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

“Hendaklah, setakat yang kuasa (pengampunan) itu boleh dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri, dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).”



Dan menurut perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan:

“Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri; tetapi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa melalui surat cara secara bertulis mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada mana-mana orang lain, dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh melantik mana-mana orang untuk menjalankan buat sementara fungsi mana-mana anggota Lembaga yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak dapat menjalankan fungsinya.”

Menurut perkara 42(9) pula menyatakan:

“Sebelum memberikan nasihatnya mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.”



Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara42-Ma.Html

Perkara pokok yang menjelaskan kepada kita dalam proses pengampunan.

Dalam memberikan pengampunan, YDP Agong atau Raja atau Yang Di Pertua Negeri hendaklah mempertimbangkan dengan sewajarnya nasihat dari Lembaga Pengampunan.



Dan dalam menasihati YDP Agong dalam memberikan pengampunan, Lembaga Pengampunan mesti menimbangkan apa juga pendapat dari Peguam negara.

Baca di sini:

https://tunabdulhamid.me/2018/05/kuasa-pengampunan/

Dan kedua, keanggotaan Lembaga Pengampunan mestilah termasuk Peguam Negara atau wakil beliau dan juga Ketua Menteri.



Bagi Wilayah Persekutuan, Ketua Menteri boleh ditakrifkan sebagai Perdana Menteri..

Dalam artikata lain, keanggotaan Peguam Negara atau wakil beliau serta Menteri Wilayah Persekutuan di dalam Lembaga Pengampunan adalah wajib.

Adakah Proses Pengampunan Anwar Ibrahim Mengikut Proses Yang Di Kehendaki Perlembagaan Atau Ada Unsur Salah Guna Kuasa?

Mahathir Beri Tekanan Kepada Agong Dalam Proses Pengampunan Anwar?

Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh pada 16 Mei 2018, selepas mendapat pengampunan penuh, kira-kira seminggu selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU 14.



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/426565/anwar-dapat-pengampunan-penuh-tanpa-syarat

2 hari sebelum Anwar Ibrahim mendapat pengampunan penuh dari YDP Agong, iaitu pada 14 Mei 2018, Peguam Negara ketika itu, Apandi Ali diarahkan bercuti sebelum kontrak beliau disingkatkan.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/425815/apandi-diarah-bercuti-serta-merta

Persoalannya, dari siapakah Peguam Negara yang memberikan nasihat kepada Lembaga Pengampunan apabila ketika itu tidak ada Peguam Negara?

Isu ini amat penting kerana ianya mesti dipatuhi dalam proses pengampunan sebagaimana menurut Perkara 42(9).

Baca di sini:

https://tunabdulhamid.me/2018/05/kuasa-pengampunan/

Isu kedua ialah, kabinet Pakatan Harapan mengangkat sumpah di hadapan YDP Agong pada 21 Mei 2018.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/426972/kabinet-dr-mahathir-angkat-sumpah-isnin-ini

Persoalannya, siapakah yang mengaggotai Lembaga Pengampunan bagi slot Menteri Wilayah bagi menasihati YDP Agong ketika itu?

Keanggotaan Peguam Negara dan Menteri Wilayah adalah kehadiran yang mesti ada sebagaimana yang tercatat di dalam perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara42-Ma.Html

Apabila keanggotaan wajib di dalam Lembaga Pengampunan tidak memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan, apakah penubuhan Lembaga Pengampunan itu sah?

Dan apabila Lembaga Pemngampunan tidak mendapat nasihat dan pandangan dari Peguam Negara sebagaimana yang dikehendaki perlembagaan, apakah nasihat Lembaga Pengampunan itu sah?

Persoalan yang lebih besar ialah, siapakah sebenarnya yang menasihati YDP Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Anwar Ibrahim ketika itu?

Apakah Dr Mahathir bersendirian dan sekiranya hanya beliau seorang yang memberikan nasihat sebagai Perdana Menteri, maka sudah jelas telah berlaku salah guna kuasa oleh Dr Mahathir.

Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu, dan nasihat serta kehadiran Perdana Menteri tidak diperlukan oleh Lembaga Pengampunan.

Ini jelas tercatat di dalam Perlembagaan Persekutan.

Apakah Dr Mahathir sengaja mengelirukan YDP Agong kerana itu tidak ada Peguam Negara untuk baginda rujuk mengenai perlembagaan dan proses pengampunan.

Suruhanjaya Siasatan Di Raja Mesti Di Tubuhkan Untuk Menyiasat Dr Mahathir

Mahathir Beri Tekanan Kepada Agong Dalam Proses Pengampunan Anwar?

Penulis tidak mempersoalkan kuasa YDP Agong dalam memberikan pengampunan, tetapi peranan Dr Mahathir dalam proses pengampunan tersebut.

Hujah yang mengatakan perbincangan mengenai isu pengampunan Anwar adalah bersifat akademik kerana mahkamah sudah membuat keputusan, juga tidak tepat.

Kes itu belum selesai sepenuhnya di peringkat mahkamah kerana akan didengar semula di Mahkamah Persekutuan pada 15 November ini.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/215762/berita/semasa/pengampunan-diraja-anwar-15-november-dengar-permohonan-peguam

Suruhanjaya Siasatan Di Raja mesti ditubuhkan untuk menyiasat apakah ada unsur salah guna kuasa dan memberi tekanan kepada YDP Agong telah dilakukan oleh Dr Mahathir.

 

Mahathir Beri Tekanan Kepada Agong Dalam Proses Pengampunan Anwar?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button