PRU15 dijangka pada November

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

PRU15 dijangka pada November

Debaran tarikh Pilihanraya Umum Ke-15 semakin berbahang sehingga ada maklumat menyatakan ia akan berlaku pada November tahun ini.



Maklumat yang pihak kami perolehi sejurus selesai mesyuarat MKT Umno, Sabtu lepas seakan disokong kenyataan Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan.

PRU15 dijangka pada November
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan

Namun demikian, timbul persoalan, adakah wajar PRU15 diadakan ketika musim banjir yang sering dihadapi negeri-negeri Pantai Timur?

Dengan tarikh pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan dari tarikh sebenar, pemerhati politik dapat meramalkan bila Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembubaran parlimen.

Mungkin buat seketika, Ismail Sabri terlepas pandang apa yang sedang berlaku di antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.



Sebagai seorang Naib Presiden Umno, percaturan beliau untuk pembubaran Parlimen nampak pincang dan hanya akan memberi kekuatan kepada pihak lawan mencari titik persefahaman untuk mengalahkan BN sekali lagi.

Baca – IDEA KERJASAMA PN-PH UNTUK SELAMATKAN NEGARA

PRU15 dijangka pada November

PN secara jelas telah menyatakan mereka mengganggap BN sebagai ‘Musuh’ yang perlu dikalahkan. Malah PN turut membuka pintu kepada PH untuk bergabung bagi memastikan agenda tersebut tercapai.



Adakah Ismail Sabri akan mempertimbangkan untuk mengubah tarikh dan pembubaran diawalkan atau kekal mengikut perancangannya?

15 kes mahkamah gugur zaman PH, kenapa diam?

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button