Hubungan BN, MCA dan MIC masih baik

Oleh – Syeikh Baran


Hubungan BN, MCA dan MIC masih baik
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) ketika Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina MCA Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub di Raub hari ini.

Hubungan baik Barisan Nasional (BN) bersama parti komponen akan terus dipertingkat bagi memastikan gabungan itu masih kekal relevan dalam usaha membela nasib rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, biarpun pelbagai fitnah dan persepsi bertebaran namun hubungan baik BN, MCA dan MIC masih teguh, logik dan relevan.

“Orang luar yang mainkan sentimen kata hubungan kita tak relevan, sedangkan mereka yang tidak relevan sebab tak pernah berkhidmat untuk rakyat.

“Pahang sendiri akan sentiasa memberi kerjasama dengan MCA dan kita harap kerjasama yang telah terjalin ini terus dipertingkatkan pada masa akan datang. Gabungan (BN-MCA) sudah memang baik, sekarang kita nak akrabkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina MCA Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, sentimen, persepsi dan fitnah banyak mengaburi setiap usaha yang dilakukan bagi keselesaan dan kebajikan rakyat.

“Saya menyeru kepada rakyat supaya melihat prestasi sebagai contoh apa yang dilakukan Presiden MCA sendiri (Datuk Seri Ir Dr Wee KA Siong) termasuk ketika beliau memegang jawatan menteri. Beliau ubah laluan (ECRL) kembali pada asal selain wujudkan dua buah universiti dengan kos pengajian yang mampu dibayar rakyat,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker