Tak Cukup RM60, Mayat Anak Yatim Pasukan Pengurusan Jenazah Tak Mahu Uruskan

Seorang mayat wanita di Indonesia didakwa tidak diuruskan oleh pasukan pengurusan jenazah berikutan kekurangan duit sebanyak Rp200 ribu (anggaran RM59.97).

Difahamkan wanita ini merupakan anak yatim piatu dan sebelum meninggal dunia dia sempat menetap selama dua hari di rumah ibu saudaranya di Bontonompo Gowa, Indonesia.

Kekurangan duit RM60

Menerusi laporan Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Irma, 26, dilaporkan jatuh sakit sebelum dikejarkan ke Hospital Haji Makassar dan disahkan meninggal dunia pada Khamis yang lalu. Wanita ini dikatakan hanya tinggal di rumah tumpangan sepanjang hayatnya dan setibanya jenazah di kampung, keluarga Allahyarhamah telah menyediakan segala persiapan bagi proses memandikan jenazah.



Di kampung Kalaserena, pasukan pengurusan jenazah telah dibentuk dan telah menetapkan bayaran untuk memproses mayat sebanyak Rp 900 ribu (anggaran RM269.85).

Sebaik sahaja jenazah tiba di rumah, pasukan pengurusan ini meminta supaya membayar Rp 900 ribu bagaimanapun ibu saudara kepada Allahyarhamah kurang berkemampuan untuk menampung kos tersebut. Namun, hasil sumbangan keluarga mereka berjaya mengumpul sebanyak  Rp 700 ribu (anggaran RM209.89)

Tetapi pasukan yang menguruskan jenazah masih berkeras tidak mahu memandikannya jika tidak cukup Rp 900 ribu kerana dana itu dikatakan sudah ditentukan.

Kecewa dengan apa yang terjadi

Susulan daripada itu, pihak keluarga mencari alternatif yang lain bagi memandikan jenazah berikutan hari sudah lewat dan jenazah akhirnya dikebumikan pada waktu malam.



Ahli keluarga akui kecewa dengan tindakan pengurusan jenazah tersebut dan berharap kejadian seumpama ini tidak lagi berulang.

Tribun News


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading