Azalina letak jawatan Penasihat Khas PM
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Khas Undang-Undang kepada Perdana Menteri.
Menurut laporan The Star yang merujuk kepada laporan Sinar, Azalina telah menghantar surat peletakkan jawatannya pada Selasa 30 Ogos 2022.
Bagaimanapun dalam satu laporan lain, Azalina masih merupakan Penasihat Khas Undang-Undang kepada PM.
Rujuk – https://malaysiagazette.com/2022/08/30/azalina-tidak-letak-jawatan-penasihat-khas-undang-undang-pm/
Azalina dikritik kerana berucap di Taklimat Khas Presiden Umno, Sabtu lepas.
Beliau juga didesak agar meletakkan jawatannya kerana ucapan beliau di atas pentas.
Azalina dilantik sebagai Penasihat Khas Undang-Undang kepada PM pada Oktober 2021.