Azalina masih Penasihat Khas PM
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan beliau masih Penasihat Khas Undang-Undang kepada Perdana Menteri.
Bekas Timbalan Speaker itu menaikmuat entri menerusi facebook bagi pengesahan tidak berlaku peletakkan jawatan.
Dalam laporan beberapa portal malam tadi menyatakan, Azalina telah meletakkan jawatan beliau.
Bagaimanapun, difahamkan PM tidak menerima peletakkan jawatan Azalina.
Azalina pada Sabtu lepas berucap di pentas Taklimat Khas Presiden Umno dan ucapannya dikritik segelintir Ketua Bahagian Umno yang kemudiannya mendesak agar beliau melepaskan jawatan lantikan PM.
Bekas Ketua Puteri Umno yang pertama ini memang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara.
Azalina letak jawatan Penasihat Khas PM