Operasi SAR helikopter hilang diteruskan
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Operasi SAR (Search and Rescue) sebuah helikopter di Bidor diteruskan pagi ini. Satu sesi taklimat SAR di Balai Polis Bidor dihadiri Dato’ Samsudin seawal jam 7.30 pagi.
Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengesahkan sebuah helikopter jenis Eurocopter dan juruterbangnya dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari.
“Helikopter berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 12.37 tengah hari tetapi dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari”
Operasi akan dijalankan di sekitar kawasan hutan Bidor dan Langkap yang dipercayai lokasi terakhir helikopter berkenaan terputus hubungan.
Sebuah helikopter dilaporkan hilang selepas berlepas dari Subang semalam