Seorang maut, ramai cedera akibat gempa di Papua New Guinea
Seorang maut, ramai cedera akibat gempa di Papua New Guinea
PORT MORESBY: Satu gempa bumikuat berukuran 7.6 skala Richter menggegarkan Papua New Guinea hari ini, menyebabkan sejumlah bangunan rosak dan insiden tanah runtuh yang setakat ini meragut satu nyawa dan ramai cedera.
Penduduk di kawasan utara negara itu mengalami gegaran paling kuat berikutan berhampiran pusat gempa.
Ahli Parlimen, Kessy Sawang memaklumkan, seorang penduduk di kampung Matoko tertimbus tanah runtuh dan meninggal dunia dengan beberapa yang cedera parah dikejarkann ke hospital menaiki helikopter.
Katanya, terdapat kerosakan serius berlaku di sekitar kawasan itu, menyebabkan angka kematian dan cedera boleh meningkat dalam masa terdekat.
“Dikhuatiri lebih ramai penduduk tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, selain banyak rumah musnah akibat gempa tersebut,” katanya.
Di pekan Gorowa di timur Papua, sebuah universiti mengalami kerosakan akibat gegaran gempa.
Seorang pekerja di sebuah resort percutian, Hivi Apokore memberitahu, gegaran yang berlaku amat kuat.
Gempa itu boleh dirasakan sehingga Port Moresby yang terletak kira-kira 480 kilometer dari pusat gempa.
USGS sebelum ini mengeluarkan amaran tsunami sebelum menariknya balik selepas keadaan stabil. – AFP
Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang
Seorang maut, ramai cedera akibat gempa di Papua New Guinea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jho Low masih gagal dikesan
- Beza nombor 2 dengan nombor 400
- Anwar Ibrahim sah tidak bertanding di PD
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :