Skandal rasuah Zeti dan Hakim Nazlan bawa Impak negatif pada imej negara, masih belum didakwa lagi.
Skandal rasuah Zeti dan Hakim Nazlan bawa Impak negatif pada imej negara, masih belum didakwa lagi.
Oleh Adam Malik
Pada penghujahan hakim Nazlan Mohd Ghazali dalam keputusan kes SRC terhadap Datuk Seri Najib Razak , beliau ada menyebut perkataan “National Embarrassment” dalam hujah penggulungan nya.
Ramai percaya ia bukan perkataan Nazlan sendiri, bahkan seperti disuruh tokok tambah pada skrip hukuman atas sebab kebencian politik pihak tertentu.
Kemudian , negara dikejutkan dengan maklumat bahawa satu kejadian rasuah terbesar telah pun berlaku yang selama ini disembunyikan dari pengetahuan rakyat oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Rasuah bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar terdedah dan menjadi berita dunia.
Seorang yang berjawatan tinggi mengawal bank pusat yang diamanahkan untuk menjaga kewangan negara sendiri boleh disogok dan dirasuah oleh individu yang menjadi fugitive “Jho Low”.
Pendedahan dibuat oleh dua negara eknomi , Singapura dan Amerika.
Di Singapura CAD dan Polis Singapura mengesahkan nya lalu melaporkan kepada BNM autoriti di Malaysia yang mana kebetulan dijaga sendiri oleh Zeti.
Selain itu ia menjadi salah satu kenyataan saksi yang diterima oleh mahkamah Brooklyn Amerika Ketika mendakwa Roger Ng.
Timothy Leisner mengesahkan bahawa Zeti di sogok dengan dua bayaran sebelum dan selepas untuk meluluskan secara pantas kilat permohonan bon apa yang dinama kan ‘overnight approval’.
Semenjak dua kejadian rasuah itu dilaporkan, kerajaan Malaysia bertukar 3 kali namun Zeti tetap juga belum didakwa dakwa lagi.
Tun Mahathir yang konon nya membenci rasuah dan ikon lawan rasuah juga terus seperti hilang akal cuba melarikan diri dari menyebut dua kes rasuah berskala besar ini.
Bermacam macam temberang dan auta Mahathir lempar kepada UMNO dan Najib , namun menjadi ‘bodoh’ seketika apabila ia membabitan rasuah kroni beliau sendiri.
Mahathir sendiri yang mencipta kes 1MDB untuk mengenakan Najib Razak , tetapi apabila dengan kuasa Allah , terbongkar bahawa orang ‘kesayangan’ beliau terpalit rasuah juga dari TIA/1MDB , hilang semua falsafah dan teori benci rasuah Mahathir.
Kini isu rasuah bekas Gabenor dan Hakim yang menjatuh hukum terhadap Najb Razak telah menjadi ‘elephant in the room”.
Sesiapa yang cuba menjadi hero membenci rasuah terpaksa ulas dulu dua rasuah berskala mega ini yang mana pihak yang mendakwa Najib Razak rupanya pihak yang penuh kejijikan dan kekekotoran.
Berapa lama boleh pendam dan sorok?
Sambil “dilly dally” dalam melambatkan kes yang boleh mengugurkan dakwaan terhadap Najib Razak, imej negara Malaysia ‘goes down the drain” .
Siapa mahu percaya kepada kerajaan yang tidak mendakwa pesalah rasuah berskala mega bernilai RM700 juta?
Skandal rasuah Zeti dan Hakim Nazlan bawa Impak negatif pada imej negara, masih belum didakwa lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jho Low masih gagal dikesan
- Beza nombor 2 dengan nombor 400
- Anwar Ibrahim sah tidak bertanding di PD
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :