Pemandu jengkaut maut dihempap ‘lengan’ jentera sendiri

Pemandu jengkaut maut dihempap ‘lengan’ jentera sendiri

Pemandu jengkaut maut dihempap 'lengan' jentera sendiri
Lokasi kejadian pemandu jengkaut maut selepas dihempap lengan jentera itu di Jalan Kolam Udang, Kampung Nyatoh, Setiu. – Foto ihsan PDRM

PERMAISURI: Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap bahagian ‘lengan’ jentera berat itu di Jalan Kolam Udang Kampung Nyatoh, dekat sini.

Azman A Wahab, 44, dari Kampung Din Maras, Batu Rakit, di sini, maut di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang semalam.

Pemandu jengkaut maut dihempap 'lengan' jentera sendiri
Allahyarham Azman A Wahab.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin dalam satu kenyataan hari ni, berkata insiden dipercayai ketika jengkaut jenama Sumitomo yang dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian rantai.

“Mangsa meminta tolong rakannya untuk memandu, sementara dia turun melihat kerosakan jentera berkenaan. Bagaimanapun, tiba-tiba jengkaut itu mengalami kebocoran paip hidraulik lalu lengan jentera berat itu menghempap mangsa yang berada di hadapan jentera itu,” katanya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker