Motosikal antik Harley-Davidson dijual RM4.06 juta

Motosikal antik Harley-Davidson dijual RM4.06 juta

Motosikal antik Harley-Davidson dijual RM4.06 juta
MOTOSIKAL antik Harley Davidson, Strap Tank mencatat harga jualan tertinggi dalam acara lelongan Mecum Auction di Las Vegas.-AGENSI

LAS VEGAS: Sebuah motosikal Harley-Davidson dari tahun 1908 dijual pada harga AS$935,000 (RM4.06 juta) di Las Vegas, sekali gus menjadikannya motosikal paling mahal pernah dijual dalam acara lelongan.

Mecum Auction di Las Vegas berkata, motosikal itu dikenali sebagai Strap Tank kerana jalur keluli bersalut nikel yang menyimpan bahan api dan tangki minyak dari rangkanya.

Laman web Vintagent yang menjejaki lelongan motosikal vintaj berkata, jualan itu mewakili harga tertinggi yang pernah dibayar untuk motosikal yang dilelong.

“Kami memasarkan motosikal itu dengan baik dan Harley-Davidson adalah jenama motosikal Amerika Syarikat (AS) yang paling terkenal, jadi kami merasakan ia akan berjaya di lelongan.

“Tetapi jelas sekali kami terkejut apabila berjaya melepaskan motosikal itu pada harga yang paling mahal pernah dijual,” kata Pengurus Bahagian Motosikal Mecum Auctions, Greg Arnold kepada Milwaukee Journal Sentinel.

Arnold berkata, motosikal Strap Tank yang masih berfungsi itu sangat jarang ditemukan dan menjadi salah satu penemuan paling unik di lelongan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Motosikal ini mempunyai banyak bahagian asalnya, yang menjadikannya sangat istimewa dan eksklusif,” katanya.

Jelas Arnold, motosikal itu ditemui masih utuh di Wisconsin oleh David Uihlein pada 1941 dan dia menyimpannya dengan baik selama 66 tahun sebelum dipulihkan oleh Paul Freehill dari Fort Wayne.

Jersi Maradona dilelong bermula RM22 juta

Motosikal antik Harley-Davidson dijual RM4.06 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker