Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

Rafizi Ramli cabar bubar Parlimen

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

PKR nekad mahu penjarakan pemimpin Umno dalam ceramah mega yang dianjurkan parti itu tempohari. Kenyataan bongkak yang dilontarkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendapat sambutan hebat penyokongnya.



Apa respon Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap ancaman tersebut?

Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

Sebagai seorang Perdana Menteri, Ismail Sabri wajar melihat ancaman tersebut agak keterlaluan dan memperlihatkan pengaruh pembangkang. Semua maklum, kebanyakan Pengamal Undang-Undang merupakan penyokong PH secara senyap-senyap.

Ini menimbulkan spekulasi rakyat, Institusi serta Badan yang terlibat dengan Undang-Undang berada di bawah pengaruh pembangkang.



Jika Rafizi begitu berani menyatakan hukuman terhadap pemimpin Umno, tidak mustahil Ismail Sabri juga berada dalam pengawasan mereka untuk dimangsakan. Malah, Rafizi mencabar agar Parlimen dibubarkan (semasa musim banjir) bagi membuktikan kata-katanya.

Perlu diingatkan Ismail Sabri juga merupakan salah seorang pemimpin Umno yang berada dalam Top5 bagi mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen.

Bagaimana Rafizi begitu yakin dan berani mengeluarkan kenyataan mahu memenjarakan pemimpin Umno jika tiada sokongan ‘kabel besar’ dibelakangnya?



Bayangkan jika Najib tidak menerima hukuman yang sedang dijalani beliau sekarang. Sudah pasti Rafizi tidak berani menyerang Umno dengan kenyataan berbaur ancaman terhadap pemimpin Umno.

PH mula tingkat serangan terhadap BN dan Keluarga Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button