PM kekalkan semua Menteri Umno dalam Kabinet baru?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PM kekalkan semua Menteri Umno dalam Kabinet baru?

Ada kemungkinankah Menteri Umno akan dikekalkan dalam senarai baru Kabinet sekiranya PM, Dato Seri Ismail Sabri dilantik sekali lagi menerajui kerajaan?



Jika meneliti senarai nama Menteri Kabinet dari Umno sekarang, ada kemungkinan mereka tidak tersenarai menjadi calon PRU15. 

Ini selari dengan kehendak parti yang mahu memberi peluang kepada muka baru dari kalangan anak muda untuk menjadi ahli Parlimen.

Berikut adalah senarai nama Menteri dari Umno dalam Kabinet Keluarga Malaysia

  • Datuk Seri Hishamuddin Hussein
  • YB Khairy Jamaluddin
  • Datuk Seri Mahdzir Khalid
  • Tan Sri Annuar Musa
  • Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  • Datuk Seri Dr Adham Baba
  • Tan Sri Noh Omar
  • Datuk Halimah Sadique
  • Datuk Dr Noraini Ahmad
  • Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

“Saya ingin mengesahkan perjanjian ini wujud. Ia ditandatangani oleh Muhyiddin dan perdana menteri pada 17 Ogos 2021, disaksikan oleh seorang menteri dari Bersatu dan seorang lagi menteri dari Umno,” – Datuk Dr Marzuki Mohamad



Persoalan ini timbul apabila isi kandungan Perjanjian Persefahaman yang tidak didedahkan secara keseluruhannya. Sehingga hari ini ia masih kekal menjadi tanda tanya kepada ahli Umno itu sendiri.

PM kekalkan semua Menteri Umno dalam Kabinet baru?

Bagaimana jika para Menteri sudah tidak diterima pengundi? Sudah pasti kemahuan serta suara pengundi juga penting dalam memastikan kemenangan Umno pada PRU15 kelak.

Beranikah Ismail Sabri mengekalkan semua Menteri dan mengambil risiko ditolak pengundi? Jika mereka (Menteri) ditolak, adakah akan wujud lagi Kabinet Keluarga Malaysia?



Umno akan lantik Ketua Penerangan baru?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button