Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?

Oleh – Bakhtiar Omar


Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?
Pemilihan BERSATU

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengadakan pemilihan jawatan dalam parti tidak lama lagi. Bagaimanapun, sehingga hari ini, spekulasi pertembungan 2 kem dalam BERSATU terus jadi bualan. Kem siapa akan menang?

Seperti diketahui umum, Setiausaha Agung BERSATU, Hamzah Zainudin dikatakan akan bertanding jawatan Presiden kerana Muhyiddin dijangkakan tidak akan pertahankan jawatannya.

Sumber BERSATU berkata, Muhyiddin kemungkinan berundur daripada bertanding sebarang jawatan dan hasratnya itu juga sudah lama dimaklumkan kepada kepemimpinan parti.

“Tan Sri (Muhyiddin) mungkin akan undur diri dan menjadi penasihat kepada parti,” – Laporan 6/9/2023

Spekulasi Azmin Ali turut berminat untuk jawatan Presiden BERSATU juga kedengaran. Tidak dinafikan, beliau juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam parti walau hanya menyertai selepas ‘Sheraton Move’ dan bukanlah penggerak awal parti.

Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?

Berbeza dengan Hamzah yang lebih awal melompat selepas kekalahan BN pada 2018, Azmin pada ketika menyertai BERSATU turut membawa 10 orang Ahli Parlimen PKR bersamanya sekaligus memberi kelebihan kepada Muhyiddin Yassin bagi membentuk kerajaan pada Mac 2020.

Namun demikian, perlu diingatkan perjalanan politik Hamzah jauh berbeza dengan Azmin Ali.

Kredibiliti Hamzah untuk menjadi Presiden terbukti dengan memegang pelbagai jawatan, antaranya Ahli Parlimen Larut, Ketua Pembangkang (di Dewan Rakyat) dan Setiausaha Agung BERSATU serta PN.

Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?

Azmin hilang kerusi Parlimen Gombak pada PRU15, namun beliau menebus kembali kekalahan dengan memenangi kerusi DUN Hulu Klang pada PRN 2023.

Sumber sama memaklumkan, berdasarkan perlembagaan parti, mana-mana ahli yang berhasrat untuk bertanding jawatan ‘Top 5’ atau kedudukan lima tertinggi parti mesti menganggotai MPT sekurang-kurangnya dua penggal penuh.

“Boleh bilang dengan jari siapa MPT yang sudah dua penggal…Hamzah, Ahmad Faizal, (Datuk) Wan Saiful Wan Jan, (Datuk Seri Dr) Ronald Kiandee, (Datuk) Rosol Wahid, (Datuk Dr) Radzi Jidin antaranya,” – Laporan 6/9/2023

Ada pula pandangan menyatakan Azmin Ali tidak layak bertanding jawatan Presiden memandangkan jawatan sebagai MPT adalah lantikan dan tidak melalui proses pemilihan parti.

Ini sudah pasti akan mengecewakan penyokong Azmin yang telah berkalih sokongan dari PKR kepada BERSATU. Namun demikian, segalanya akan ditentukan oleh parti samada Azmin layak atau tidak untuk bertanding.

Adakah benar dalam BERSATU telah wujud 2 kem yang saling akan bersaing pada pemilihan kelak? Biarlah mereka sahaja menjawapnya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker