Messi, Di Maria antara dipanggil perkuat Argentina
BUENOS AIRES: Bintang penyerang, Lionel Messi dan Angel Di Maria dipanggil jurulatih Argentina, Lionel Scaloni hari ini untuk dua aksi persahabatan bulan ini ketika penyandang juara Copa America itu bersedia untuk menghadapi Piala Dunia di Qatar.
Argentina akan menentang Honduras di Miami pada 23 September dan Jamaica di New York empat hari kemudian.
Selepas itu mereka akan mengadakan satu lagi aksi persahabatann menentang Emiriah Arab Bersatu di Dubai pada 16 November, hanya beberapa hari sebelum bermula Piala Dunia.
Pemain AS Roma, Paulo Dybala selain Julian Alvarez dari Manchester City dan penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez juga dipanggil dalam senarai 28 pemain itu.
Skuad Albiceleste yang melalui rekod bersejarah tanpa tewas dalam 33 perlawanan, akan memulakan kempen Piala Dunia pada 22 November menentang Arab Saudi dalam Kumpulan C yang juga disertai Mexico serta Poland.
Kali terakhir Argentina menang Piala Dunia aialah di Mexico 1986, ketika diketuai Diego Maradona, seorang pemain terhebat dalam sejarah sukan itu.
Senarai pemain:
Penjaga gol – Franco Armani (River Plate), Emiliano Martinez (Aston Villa/ENG), Geronimo Rulli (Villarreal/ESP)
Pertahanan – Gonzalo Montiel (Sevilla/ESP), Nahuel Molina (Atletico Madrid/ESP), German Pezzella (Real Betis/ESP), Facundo Medina (Lens/FRA), Cristian Romero (Tottenham/ENG), Nehuen Perez (Udinese/ITA), Nicolas Otamendi (Benfica/POR), Lisandro Martinez (Manchester United/ENG), Nicolas Tagliafico (Lyon/FRA), Marcos Acuna (Sevilla/ESP)
Pemain tengah – Leandro Paredes (Juventus/ITA), Guido Rodriguez (Real Betis/ESP), Enzo Fernandez (Benfica/POR), Rodrigo De Paul (Atletico Madrid/ENG), Alejandro Gomez (Sevilla/ENG), Giovani Lo Celso (Villarreal/ENG), Alexis Mac Allister (Brighton/ENG)
Penyerang – Paulo Dybala (Roma/ITA), Angel Correa (Atletico Madrid/ESP), Lionel Messi (Paris Saint-Germain/FRA), Thiago Almada (Atlanta United/USA), Angel Di Maria (Juventus/ITA), Joaquin Correa (Inter Milan/ITA), Lautaro Martinez (Inter Milan/ITA), Julian Alvarez (Manchester City/ENG).
– AFP