Selepas Hinnamnoor, China dibadai Muifa

Selepas Hinnamnoor, China dibadai Muifa

OMBAK besar yang dicetuskan Taufan Muifa membadai pesisir pantai di Hangzhou di wilayah Zhejiang, China. – AFP

SHANGHAI: Angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan padat penduduk di pantai timur China hari ini, selepas Taufan Muifa memaksa 1.6 juta penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Stesen penyiaran CCTV melaporkan, Muifa merupakan taufan terkuat yang membadai Shanghai yang memiliki lebih 25 juta penduduk sejak 1949.

Namun, tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan berhubung taufan itu dilaporkan setakat ini.



Selain itu, sekurang-kurangnya 426,000 penduduk dipindahkan di Shanghai dan 1.2 juta lagi dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di wilayah Zhejiang.

Hujan lebat yang melanda menyebabkan kesesakan lalu lintas dan banjir di beberapa kawasan berhampiran Sungai Yangtze.

Ombak besar juga menghempas kawasan pesisir pantai di Hangzhou, selain berlaku tanah runtuh di daerah Ninghai di Zhejiang.

Membawa angin kencang sekuat 125 kilometer sejam, Muifa membadai Shanghai pada pukul 12.30 pagi waktu tempatan.



Terdahulu, taufan itu melanda bandar Zhoushan di Zhejiang, menyebabkan banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.

Operasi perkapalan kontena juga dihentikan buat sementara waktu, selain kapal-kapal nelayan diarahkan berlabuh bagi mengelak insiden tidak diingini.

Muifa merupakan taufan ke-12 yang melanda China pada tahun ini.

Pada minggu lulu, Shanghai dibadai Taufan Hinnamnoor, menyebabkan sekolah ditutup dan operasi feri dihentikan. – AFP



Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

Selepas Hinnamnoor, China dibadai Muifa


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button