Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?



Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?

Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?

Sejak UMNO/BN kehilangan kuasa selepas ditewaskan dalam PRU 14 pada tahun 2018, pelbagai pihak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menguburkan UMNO.

Tetapi ironiknya, semakin kuat mereka berusaha, semakin kuat pula sokongan rakyat, terutamanya bangsa Melayu kepada UMNO.

Bukan setakat itu, niat mereka untuk menguburkan UMNO dilihat telah memakan diri sendiri.



Mereka berharap dengan tekanan dan serangan yang mereka lakukan terhadap pemimpin UMNO, maka UMNO akan menjadi semakin lemah.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, tidak ada satu cawangan UMNO yang tutup, apa lagi bahagian UMNO di seluruh negara.

Malah parti mereka pula dilihat semakin lemah.

Satu persatu cawangan parti mereka ditutup dan ahli parti mereka kembali ke pangkuan UMNO.



Persoalannya, mengapa begitu sukar untuk mereka menguburkan UMNO sebagaimana yang mereka idamkan?

UMNO Adalah Parti Perjuangan Bangsa Melayu

UMNO dilahirkan pada 11 Mei 1946 di Istana Johor dengan dibidankan oleh Raja Raja Melayu dan pejuang-pejuang bangsa Melayu.

Matlamat utama penubuhan UMNO ketika itu adalah untuk mempertahankan kedudukan Raja Raja Melayu dan bangsa Melayu dari terus hanyut dan ditindas oleh penjajah.

Baca di sini:



https://umno-online.my/sejarah/

Penulis belum dilahirkan di era awal perjuangan UMNO menentang Malayan Union dan perjuangan yang diketuai oleh UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan.

Tetapi kedua ibubapa penulis melihat sendiri bagaimana semangat dan pengorbanan bangsa Melayu ketika itu.

Salah satu cerita mulut ke mulut yang disampaikan ialah, untuk menampung perbelanjaan Al Marhum Tunku Abdul Rahman ke London, orang Melayu sanggup memberikan apa sahaja harta mereka.



Yan mempunyai ternakan, menjual ternakan mereka, yang mempunyai emas dan perak, memberikan emas dan perak dibadan.

Malah turut diceritakan kepada penulis, kehidupan anak dan isteri pemimpin UMNO ketika itu sangat-sangat menyedihkan.

Demi parti dan perjuangan bangsa, ada anak-anak kecil pemimpin UMNO tidak dapat penyusuan yang sempurna.

Air masak dimasukkan ke dalam botol susu untuk menggantikan susu tepung.

Pengorbanan dan perjuangan mereka sangat suci dan ikhlas dan roh perjuangan inilah yang selama ini melindungi dan memayungi UMNO dari serangan musuh.

Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?

Ini yang tidak dapat difahami oleh musuh-musuh UMNO, walau pun satu ketika dahulu mereka pernah menjadi nakhoda kepada bahtera UMNO selama berpuloh tahun.

Kekuatan UMNO tidak berada di kalangan pemimpin pucuk pimpinan parti.

Tetapi kekuatan sebenar UMNO berada di tangan 4.2 juta akar umbi UMNO.

Merekalah selama ini yang berpatahkan sayap, namun bertongkatkan paruh, terus mendokong dan menyokong perjuangan UMNO.

Bagi 4.2 juta akar umbi UMNO, pemimpin UMNO akan datang dan pergi, tetapi roh perjuangan UMNO tetap akan mereka warisi dan mewariskan kepada anak cucu mereka.

Sejarah pengorbanan pemimpin dan bangsa akan tetap mereka dendangkan kepada anak cucu mereka setiap hari.

Bukan kecil pengaruh Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh dan beberapa pemimpin utama UMNO sewaktu mereka menerajui UMNO.

Tetapi apabila mereka mengambil keputusan meninggalkan UMNO, hanya beberapa kerat penyokong tegar mereka yang turut serta bersama mereka.

Mereka boleh menekan, memfitnah dan memenjarakan pemimpin utama UMNO, tetapi percayalah, In Sya Allah, UMNO akan tetap kukuh sekukuh keikhlasan perjuangan yang tertanam di 4.2 juta akar umbi.

Ibarat sebatang pohon, makin dipotong pucuknya, akan semakin rimbun pohon tersebut.

 

Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker