Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

Suara akar umbi yang mahukan supaya presiden dan ahli MKT UMNO supaya mengambil tindakan yang tegas ke atas kluster Putrajaya UMNO semakin lantang.

Kemarahan akar umbi UMNO sangat mudah difahami.

Ini adalah kerana kluster Putrajaya UMNO selama ini menjadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan di dalam UMNO.



Pelbagai pendedahan telah dibuat mengenai salah laku kluster Putrajaya UMNO yang secara terang atau gelap membelakangi kehendak akar umbi dan keputusan parti.

Baca di sini:

1) https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/03/jangan-berunding-dalam-gelap-tok-mat-beritahu-pemimpin-umno/

2) https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/perjanjian-dengan-pn-itu-cerita-lama-ismail-sabri/



Kemarahan mereka ke atas sikap kluster Putrajaya UMNO yang sentiasa mencari alasan untuk menangguhkan PRU 15 jelas dizahirkan dalam Majlis Taklimat Khas Presiden UMNO 2022.

Presiden UMNO sendiri sudah secara tegas menyatakan bahawa kluster Putrajaya yang menjadi pengkhianat itu sudah di kenal pasti.

Beliau memberikan ingatan, bahawa masanya untuk UMNO mengambil tindakan tegas terhadap mereka sudah tiba.

Itu janji yang telah dilafazkan sendiri oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional.

Janji itulah yang sekarang ini sedang dituntut oleh 4.2 juta akar umbi UMNO di seluruh negara.

Akar Umbi UMNO Mahu Kluster Putrajaya Yang Mengkhianati Parti Di Pecat

Satu siaran live dibuat oleh seorang veteran UMNO, DS Kamal Amir, untuk mendapatkan respon akar umbi UMNO terhadap janji DS Zahid.

Sila lihat dari 22:08 hingga 37:03

Amat memeranjatkan apabila lebih dari 95% akar umbi mahu supaya tindakan pemecatan di ambil ke atas kluster Putrajaya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijangka akan mengadakan mesyuarat pada 28 September 2022 yang akan datang.

Presiden dan ahli MKT UMNO tidak perlu bimbang atau takut untuk mengambil tindakan tegas kepada kluster Putrajaya.

Kini gelombang menentang kluster pengkhianat sudah menjadi sangat besar di kalangan akar umbi UMNO.

Namun, sekiranya tidak ada apa-apa tindakan pembersihan di ambil, dikhuatiri gelombang penolakan itu akan beraih dari kluster Putrajaya kepada Presiden UMNO.

The choice is yours, Mr President.

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker