6 kereta mewah disita, 7 ditahan berlumba di LEKAS

6 kereta mewah disita, 7 ditahan berlumba di LEKAS

6 kereta mewah disita, 7 ditahan berlumba di LEKAS
Enam kenderaan mewah disita dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di LEKAS awal pagi tadi. – Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki dan menyita enam kenderaan mewah dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah selatan dekat sini, awal pagi tadi.

Operasi dijalankan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula jam 2 pagi, dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram di lokasi terbabit hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata menerusi operasi itu 10 kenderaan dan 10 lelaki yang sedang menonton aksi perlumbaan diperiksa untuk tindakan lanjut.



“Hasil pemeriksaan lanjut, kita menahan dua lelaki yang disyaki penganjur perlumbaan serta lima yang lain kerana memandu secara melulu dan berbahaya (berlumba) serta menyita enam kenderaan.

“Semua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 42 tahun. Semua yang ditahan bersama kenderaan yang disita kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, siasatan ke atas dua suspek yang disyaki penganjur dan terbabit dengan wang pertaruhan sesama mereka dijalankan mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala lima lagi mengikut Seksyen 42(1) akta sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Enam kenderaan terdiri daripada sebuah Nissan GTR, BMW, Mercedes Benz, Toyota Vellfire dan dua Honda disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tujuan siasatan.

“Pihak polis masih membuat siasatan lanjut untuk mengetahui sama ada terdapat pihak lain yang terbabit dan kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) dan 81(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



Mohd Zaid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya JSPT komited membanteras sebarang aktiviti perlumbaan haram atau pemanduan yang merbahaya kerana boleh mendatangkan risiko kepada semua pengguna jalan raya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian sebegini boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.

Premis seleweng diesel bersubsidi disita



6 kereta mewah disita, 7 ditahan berlumba di LEKAS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button