Gelombang Kemarahan Akar Umbi UMNO Sedang Menuju Ke Arah Presiden



Gelombang Kemarahan Akar Umbi UMNO Sedang Menuju Ke Arah Presiden

Gelombang Kemarahan Akar Umbi UMNO Sedang Menuju Ke Arah Presiden

Keputusan kepimpinan tertinggi UMNO menangguhkan mesyuarat MKT UMNO ketika tumpuan terarah kepada 17 September menumbulkan keresahan.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/09/14/mesyuarat-mkt-umno-di-tangguhkan/



Ramai yang mempertikaikan alasan yang diberikan.

Soalan mereka apakah pelancaran jentera Pemuda Selangor jauh lebih penting dari mesyuarat MKT UMNO yang dijangka akan membincangkan beberapa agenda penting?

Malah ada yang beranggapan bahawa ini hanyalah alasan presiden UMNO untuk terus bersikap berlapang dada kepada pengkhianat UMNO.

Sampai bila presiden UMNO mahu terus berlapang dada?



Adakah mahu menunggu sehingga UMNO benar-benar berkubur?

Janganlah bila sudah terantuk baru hendak tengadah.

Masalahnya, kita sudah berkali-kali terantuk, sampai dahi pun dah berlekuk.

Menurut mesej yang ditulis di dalam beberapa grup WhatsApp di mana penulis ada di dalamnya, pelbagai persoalan dan persepsi sedang berlegar mengenai keputusan penangguhan tersebut.



Apakah presiden UMNO sudah merasa cukup seronok bila ditipu berkali-kali?

Mungkin presiden UMNO lupa pada pesanan, jangan sampai dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama untuk kali kedua.

Apa yang dapat penulis kesan ialah, sudah ada tanda-tanda perubahan arah gelombang kemarahan pada pengkhianat UMNO kepada presiden UMNO.

Isyarat yang diberikan oleh akar umbi UMNO adalah sangat jelas untuk difahami oleh presiden UMNO.



Akar Umbi UMNO Mesti Berlaku Adil Kepada Presiden

Namun untuk berlaku adil kepada presiden UMNO, kita mesti cuba memahami keadaan yang sebenar.

Penulis berpendapat, keputusan menangguhkan mesyuarat MKT UMNO tidak hanya dilakukan oleh presiden UMNO seorang.

Sudah tentulah keputusan sebesar itu sudah dibincangkan oleh presiden UMNO dengan semua ahli MKT UMNO.

Selepas persetujuan secara kolektif dicapai, barulah presiden memberikan kata putus yang mewakili suara majoriti ahli MKT UMNO.

Jadi, untuk menyerang presiden UMNO seorang adalah satu tindakan yang sangat tidak adil.

Namun, penulis berpendapat, tindakan tegas mesti diambil terhadap kluster Putrajaya yang menjadi pengkhianat UMNO dalam mesyuarat MKT UMNO pada 28 September ini.

Ianya bukan lagi pilihan kepada presiden dan ahli MKT UMNO.

Kalau ada ahli MKT UMNO yang tidak bersetuju, akar umbi mahu nama mereka disiarkan.

Ini bukan kehendak penulis, tetapi kehendak dan desakan 4.2 juta akar umbi UMNO.

Sekiranya tidak dilakukan, maka gelombang kemarahan akar umbi kepada presiden dan MKT UMNO tidak dapat dibendung lagi.

Ingat, kekuatan UMNO adalah di akar umbi dan bukannya di pucuk pimpinan parti.

 

Gelombang Kemarahan Akar Umbi UMNO Sedang Menuju Ke Arah Presiden

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker