Dua pemandu bertengkar sambil rakam video ketika memandu dicari

Oleh – Syeikh Baran


Dua pemandu bertengkar sambil rakam video ketika memandu dicari
VIDEO tular di laman sosial Facebook menunjukkan kedua-dua pemandu sempat menggunakan telefon bimbit merakam satu sama lain sambil memandu di Kilometer 134 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Pagoh, Muar, 4 Mei lalu.

Dua lelaki yang sedang memandu dan bertengkar sambil membuat rakaman video di Kilometer 134 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan bakal ditahan pihak polis bagi melengkapkan siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Assisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya telah mengesan satu video tular berdurasi 46 saat dimuat naik di laman sosial Facebook pada 4 Mei lalu.



Menurutnya, menerusi rakaman video itu menunjukkan aksi dua lelaki yang masing-masing sedang memandu dan bertengkar sambil membuat rakaman video menggunakan telefon bimbit.

“Punca pertengkaran kedua-dua lelaki berkenaan apabila salah seorang pemandu berusia 32 tahun membuat provokasi apabila tidak berpuas hati dengan seorang lagi pemandu berusia 26 tahun yang memotong kenderaannya dari kanan ke kiri.

“Akibat berasa berang, pemandu terbabit mengejar lelaki berusia 26 tahun tersebut dan kedua-duanya memberhentikan kenderaan di lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button