Rafizi Ramli Ugut Pemimpin UMNO

 

Rafizi Ramli Ugut Pemimpin UMNO

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, memang terkenal sebagai seorang pemimpin yang banyak auta berbanding fakta bila berkata-kata.

Sekiranya dilihat kembali ucapan-ucapan beliau di pentas politik, bukan setakat banyak memberikan formula songsang, malah pendirian Rafizi amat tidak konsisten.



Pelbagai gelaran pernah diberikan kepada Rafizi, Raja Formula Songsang, Raja Fitnah dan lain-lain lagi.

Satu-satunya kelebihan yang ada pada Rafizi ialah beliau pandai memanipulasi emosi pengundi, terutamanya pengundi muda supaya menyokong dan mempercayai beliau.

Tetapi sekiranya ditanya apakah dasar atau langkah yang akan beliau perkenalkan untuk membantu rakyat dan negara, Rafizi hanya mampu senyum dalam kesipuan.

Memang benar ada formula yang cuba beliau ketengahkan seperti menghapuskan tol, menurunkan harga petrol dan menyediakan peluang pekerjaan.



Tetapi semuanya terbukti hanyalah retorik politik yang terlalu jauh dari kenyataan, apa lagi untuk dilaksanakan.

Fitnah yang paling dahsyat yang tidak mungkin kita lupakan ialah apabila Rafizi memfitnah Tabung Haji yang kononnya mengalami kerugian.

Akibatnya ribuan bakal jemaah haji kehilangan peluang untuk menunaikan fardhu haji setelah menyimpan duit bertahun-tahun.

Ironiknya, Rafizi sendiri tidak mengeluarkan simpanan Tabung Haji beliau seperti yang beliau gesa ke atas penyimpan Tabung Haji yang lain.



Rafizi Ramli Ugut Pemimpin UMNO

Dalam Majlis Rapat Keadilan yang diadakan baru-baru ini, Rafizi sekali lagi muncul dengan auta yang boleh diklasifikasikan sebagai ugutan kepada pemimpin UMNO.

Awalnya beliau mengatakan, semakin pemimpin UMNO mendesak supaya PRU 15 diadakan dengan segera, semakin cerah peluang PKR untuk menang dalam PRU 15.

Tidak pasti, tapi mungkin dalam masa bercakap itu, Rafizi tersedar bahawa kata-kata beliau itu akan membuatkan parlimen dibubarkan segera.

Lalu Rafizi membuat u-turn dengan mengugut, sekiranya PRU 15 diadakan segera, beliau akan menyumbat Ismail Sabri dan pemimpin UMNO ke dalam penjara jika PKR menang.



Apa yang Rafizi katakan itu tidak boleh dianggap remeh.

Dengan angkuhnya dan secara terbuka Rafizi mengugut Perdana Menteri dan pemimpin UMNO yang lain.

Keceluparan Rafizi kali ini tidak boleh dimaafkan lagi.

Beliau telah beberapa kali terlepas atas dakwaan saman fitnah apabila PH menggugurkan kes beliau sebaik sahaja membentuk kerajaan.



Kerajaan mesti bertindak tegas kali ini.

Seperkara yang menarik, kalau betul PKR rasa sudah yakin dapat menumbangkan BN dalam PRU 15, kami cadangkan supaya Rafizi membuat desakan supaya parlimen dibubarkan segera…😉😉😉

 

Rafizi Ramli Ugut Pemimpin UMNO

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button