Selepas rogol, dua remaja wanita digantung atas pokok
Selepas rogol, dua remaja wanita digantung atas pokok
NEW DELHI: Dua remaja wanita yang dipercayai merupakan mangsa rogol ditemukan dalam keadaan tergantung di sebatang pokok di Uttar Pradesh.
Pihak polis memaklumkan mayat mangsa ditemukan tengah hari semalam di daerah Lakhimpur.
Siasatan dijalankan selepas ahli keluarga membuat laporan mengenai mangsa diculik dan dirogol.
Susulan itu, pihak polis memberkas enam suspek lelaki atas kesalahan merogol dan membunuh.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke jabatan forensik bagi bedah siasat,” katanya.
Ibu mangsa berkata, anaknya diculik dengan menaiki motosikal .
Katanya, usaha untuk menghalang suspek gagal selepas dia turut diserang lelaki tersebut.
Mereka sekeluarga mula mencari mangsa dan secara kebetulan melihat mangsa tergantung di sebatang pokok.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Sanjeev Suman berkata, remaja itu dibawa ke ladang tebu bagi mengaburi mata orang ramai.
“Suspek bertindak menggantung mayat mangsa di atas pokok supaya kelihatan mangsa seperti membunuh diri,” jelasnya.-AGENSI
Selepas rogol, dua remaja wanita digantung atas pokok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PM kekalkan semua Menteri Umno dalam Kabinet baru?
- Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?