Kedai kopi dijadikan sarang pelacuran?

Kedai kopi dijadikan sarang pelacuran?

Kedai kopi dijadikan sarang pelacuran?
KEDAI kopi yang didakwa dijadikan aktiviti pelacuran secara tersembunyi. – AGENSI

JAKARTA: Taktik menjadikan sebuah kedai kopi sebagai sarang pelacuran, terbongkar selepas premis itu terletak di Ponorogo `digempur’ oleh sekumpulan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

Memetik laporan portal Satu Viral, puluhan penduduk bertindak menyerbu kedai kopi yang menjadi lokasi kegiatan pelacuran secara tersembunyi.

Premis itu dilaporkan terletak di hadapan sebuah stesen minyak Kepuh Rubuh di wilayah Ponorogo di Jawa Timur.

Malah, para penduduk setempat menuntut premis tersebut ditutup dengan segera.

Ia berikutan penduduk mengesyaki premis bertopengkan kedai kopi itu didakwa menjadi lubuk aktiviti pelacuran.

Seorang penduduk bernama Supriyanto berkata, dia bersama penduduk lain sudah tentu tidak dapat menerima aktiviti sedemikian berlaku berhampiran kawasan penempatan mereka.

“Kedai kopi ini menjalankan aktiviti perosak moral masyarakat, malah terdapat banyak bukti.

“Beberapa bulan lalu, seorang individu meninggal dunia di sini akibat pengambilan dadah berlebihan,” katanya.

Berdasarkan data dari pemerintah desa Jenangan, ketika ini terdapat 14 premis diterangi `lampu merah malap’ yang beroperasi.

Malah, kesemua premis berkenaan dikatakan tidak jauh dari lokasi institusi pendidikan Unida Gontor.

“Saya rasa terdapat 14 premis yang menjalankan perniagaan aktiviti pelacuran.

“Ada kalangan mereka merupakan ketua namun saya tidak pasti berapa ramai individu tersebut,” katanya.

Sementara itu, pegawai Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) Ponorogo, Siswanto berkata, pihaknya sudah menjalankan sesi perbincangan berhubung kesedaran antara pemilik premis dan masyarakat setempat.

Nik Suryani dapat restu suami bertanding Exco Wanita

Kedai kopi dijadikan sarang pelacuran?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Nik Suryani dapat restu suami bertanding Exco Wanita


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker