Budak autistik menang pertandingan golf

Budak autistik menang pertandingan golf

Budak autistik menang pertandingan golf
BAYLEIGH memenangi kejohanan peringkat kebangsaan FOTO nzherald

Wellington: Meskipun menghidap autisme, Bayleigh Teepa-Tarau yang berusia 12 tahun mempunyai bakat bermain golf hingga memenangi kejohanan peringkat kebangsaan, walaupun hanya pernah bermain tiga pusingan sepanjang hidupnya.

Oddity Central melaporkan, Bayleigh Teepa-Tarau yang bermain dengan peralatan yang dipinjam dan memakai kasut bola keranjang, memperoleh 87 mata Stableford dalam tiga pusingan sembilan lubang pada sukan Association of Intermediate and Middle Schools (AIMS), tahun ini.

Pencapaiannya mengagumkan hingga membuka mata dan menarik perhatian ramai di New Zealand.



Bakat terpendam Bayleigh Teepa-Tarau dicungkil oleh pembantu guru beberapa bulan lalu yang perasan kanak-kanak itu suka menghayun kayu sepanjang masa, jadi dia mencadangkan murid lelaki itu untuk cuba bermain golf.

Bayleigh bersetuju dan walaupun hanya menamatkan tiga pusingan golf, dia berjaya menewaskan semua pesaing pada Sukan AIMS baru-baru ini dan membawa pulang pingat emas.

“Jelas sekali, Bayleigh tidak tahu aspek teknikal dalam permainan golf.Dia hanya tahu memukul bola. Jadi itulah yang dia lakukan.

“Dia tidak bimbang sama ada melakukan pukulan yang buruk, baik atau mengambil masa terlalu lama untuk melakukan pukulan itu.



“Dia sukakan sukan itu dan keghairahannya yang mendorongnya bermain golf dengan baik,” kata pembantu guru dan jurulatih golf KEPADA Bayleigh, Whetu Wiremu.

Bayleigh tidak bercakap dengan sesiapa pun di sekolah.

Wiremu berdepan kesukaran juga untuk mencungkil bakat murid itu dalam sukan, tetapi usahanya membuahkan hasil selepas anak muda itu diiktiraf sebagai pemain golf.

Menurut Wiremu penyakit autisme dihidapi mungkin membantu anak muridnya ketika kejohanan itu, baru-baru ini.

“Dia tidak tahu betapa bagusnya dia walaupun sudah banyak diberitahu mengenai perkara itu dalam beberapa hari kebelakangan ini,” kata Wiremu.

Budak autistik menang pertandingan golf


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker