SUA Menteri Jadi ‘Khadam’ Konspirator Rosakkan Umno?

TKB Putrajaya Jadi ‘Pengurus Kempen’ Siapa Untuk Pemilihan Umno?

tun faisal

Semakin hari semakin menggila kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan dalam membicarakan hal Umno. Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya seakan ‘meroyan’ sekiranya sehari tidak mengkritik kepimpinan Umno selain mendakwa kewujudan persefahaman kerjasama Umno, PKR dan DAP.

Tun Faisal masih belum mampu mengemukakan bukti dakwaan yang beliau lemparkan terhadap ‘kepimpinan Umno’ kini sudah mula mengkritik Presiden Umno berdasarkan pandangan acuannya sendiri.

Kenyataan Tun Faisal – https://www.sinarharian.com.my/article/120614/BERITA/Politik/Presiden-UMNO-sudah-hilang-kredibiliti-kata-Tun-Faisal



Bagi menguatkan hujahnya Timbalan Ketua Umno Putrajaya masih mempertahankan apa yang kononnya didedahkan bekas Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa sebagai surat sokongan kepada Anwar Ibrahim. Acapkali Tun Faisal mendakwa kewujudan surat berkenaan walau telah dinafikan oleh Ibu Pejabat Umno, malah sehingga hari ini Tun Faisal tidak dapat membuktikan kesahihan surat berkenaan.

Sebaran Melalui Whatsapp?

Yang menariknya dalam sebaran di whatsapp, surat berkenaan bertarikh 11 Oktober 2020 dan apabila di semak tarikh ianya jatuh pada hari Ahad. Logik atau tidak surat rasmi untuk dipersembahkan kepada Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dihantar pada hari Ahad?

Mungkin Tun Faisal terlupa keputusan MKT Umno yang bermesyuarat pada 6 Januari 2021 telah menetapkan 6 perkara utama yang dipersetujui bersama.

Kenyataan Rasmi MKT UMNO

Mkt Umno

Tidak ada langsung tertulis mengenai sebarang sokongan apa yang didakwa sebagai ‘jajaran baru politik Umno’ sebagaimana dimainkan Tun Faisal. Malah MKT turut mengambil berat mengenai usul yang dibangkitkan dalam mesyuarat perwakilan Bahagian Umno iaitu memutuskan hubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia semasa menghadapi PRU15.



Mkt Umno

MKT turut bersetuju untuk membawa usul dari Bahagian Umno ke Persidangan Agung Umno untuk yang dijadualkan pada 31 Januari 2021 bagi dibahaskan dan diputuskan namun terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan perintah darurat kesihatan.

Cuba Timbulkan Kekeliruan

Dalam kenyataan Tun Faisal turut menyatakan musabab desakan bagi Presiden Umno berundur dari jawatan. Seperti semua maklum, negara sedang berdepan dengan pandemik covid19 sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun Umno menerusi satu pekeliling telah menyatakan pemilihan bagi jawatan dalam Umno untuk tempoh 2021 – 2024 tetap akan diadakan bergantung pada keadaan semasa negara.

 

Tun Faisal
Kenyataan Tun Faisal

Wajar Letak Jawatan Dan Keluar Umno

Mengapa begitu rakus untuk mendesak Presiden Umno sehingga melabelkan Zahid telah hilang kredibiliti? Adakah MKT turut terlibat dengan konspiarasi ‘jajaran baru’ yang diimaginasikan Tun Faisal? Beliau perlu bertanggungjawab atas dakwaan dan jika tidak benar dakwaan tersebut adalah lebih baik beliau meletakkan jawatannya sebagai TKB Putrajaya dan keluar parti Umno bagi menegakkan benang basah yang cuba ditegakkannya.

Kenyataan Tun Faisal

Sedar atau tidak sebenarnya desakan TF ini bersifat umpama ‘Khadam’ yang menjalankan perintah tuannya. Umno sendiri telah menetapkan pemilihan akan diteruskan bagi menandakan tempoh penggal 2018 – 2021 tamat. Mengapa perlu mendesak seolah sudah terlalu ‘gila politiking’ sehingga tidak boleh membezakan keputusan parti dan selera sendiri?

Kenyataan Tun Faisal

Apa yang dinilaikan ahli parti serta akar umbi desakan sebegini hanya menampakkan ‘dangkal’ pemikiran bagi seorang yang berjawatan dalam Umno. Bagaimana mahu membuat pemilihan dalam keadaan negara masih di bawah perintah darurat kesihatan dan PKP? Logika mana yang digunakan Tun Faisal bagi ‘menghalalkan’ hujahnya?

Kenyataan Tun Faisal

Cabaran Buat Tun Faisal

Dalam pada itu cubaan TF mengheret nama Timbalan Presiden dalam hujahannya kelihatan seperti ‘Buta IT’. Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri telah menyatakan pendiriannya di laman media beliau. Mengapa perlu nama Timbalan Presiden Umno di’jual’ Tun Faisal?

Sebenarnya siapa yang Tun Faisal mahukan sebagai Presiden Umno? Seeloknya beliau menyatakan siapa pilihannya dan lebih awal mewar-warkan kepada ahli agar mereka menilai pilihan Tun Faisal bagi merebut jawatan Presiden Umno bagi menggantikan Zahid Hamidi. Adakah Tun Faisal berani berbuat demikian daripada terus menerus mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya tidak membantu menguatkan Umno sebaliknya hanya menimbulkan gelora di kalangan akar umbi.

UMNO Tidak Pernah Keluar Surat Sokong Anwar Jadi PM – SUK UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker