Ibu bapa kanak-kanak tercampak dari kereta tampil beri keterangan kepada polis

Ibu bapa kanak-kanak tercampak dari kereta tampil beri keterangan kepada polis

Ibu bapa kanak-kanak tercampak dari kereta tampil beri keterangan kepada polis
Seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh daripada sebuah kereta yang bergerak kejadian di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini. – Foto ihsan pembaca

KOTA BHARU: Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang tercampak keluar dari sebuah kereta ketika sedang membuat pusingan U di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata mereka memberi keterangan untuk membantu siasatan polis.

Katanya, mereka juga memberi kerjasama kepada polis bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.



“Namun, siasatan lanjut berhubung kejadian kemalangan itu masih diteruskan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

BH semalam melaporkan, kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia tiga tahun bernasib baik apabila terselamat selepas tercampak keluar dari kereta yang membuat pusingan U dipercayai dipandu ahli keluarganya sebelum dilanggar dua kenderaan lain.

Kejadian itu tular menerusi satu rakaman video berdurasi satu minit satu saat di media sosial sejak kelmarin yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang tercampak dari sebuah kereta sebelum dilanggar dua kereta kejadian 5.42 petang kelmarin.

Ibu bapa kanak-kanak tercampak dari kereta tampil beri keterangan kepada polis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button