Kopi gelas terbalik semakin mendapat tempat penduduk tempatan



ACEH, Indonesia – Kupi Khop atau lebih dikenali sebagai ‘kopi terbalik’ semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatan berikutan keunikan cara hidangannya.

Minuman itu dibancuh menggunakan serbuk kopi kasar di dalam gelas yang diterbalikkan atas piring.

Pengunjung yang ingin menikmati kopi itu perlu menggunakan penyedut minuman, selain tidak perlu bimbang ia akan tumpah.

Susulan keunikan cara hidangannya, Kupi Khop diwartakan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara oleh Wilayah Aceh Barat.



Menurut sejarah, golongan nelayan di Aceh gemar menikmati kopi seperti itu ketika menangkap ikan di lautan kerana mendakwa air kopi mereka lambat sejuk berbanding cara hidangan biasa, selain tidak dimasuki serangga.

Kini, gerai yang menghidangkan minuman tersebut semakin mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penduduk di luar Aceh.

Pihak berkuasa tempatan pula menyatakan hasrat untuk mengekalkan budaya itu bagi memelihara nilai sejarah tempatan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker