Ramai cakap kayap ular boleh bawa maut jika bersambung

Jangan panik, ini penjelasan doktor

Ramai cakap kayap ular boleh bawa maut jika bersambung

Ramai cakap kayap ular boleh bawa maut jika bersambung
Kayap ular terjadi disebabkan oleh virus Varicella-zoster, virus sama yang menyebabkan chicken pox. Foto: Thomson Specialist Skin Centre

SIAPA tak kenal Dr Ahmad Samhan yang aktif berkongsi pelbagai ilmu perubatan menerusi Twitter, Facebook dan TikTok.

Terbaharu, doktor viral itu tampil berkongsi kisah mengenai seorang pesakit lelaki yang mengalami kayap pada bahagian badannya.

Menurut Dr Samhan, seorang pesakit yang menggelarkan dirinya sebagai pakcik mengakui risau sekiranya dia akan mati selepas kayap ular pada badannya bersambung tidak lama lagi.



Punca kayap?

Jelas Dr Samhan, kayap ular terjadi disebabkan oleh virus Varicella-zoster iaitu virus sama yang menyebabkan chicken pox.

Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti oleh chickenpox boleh mendapat jangkitan kayap ular.

Tambahnya, selepas pesakit pulih daripada jangkitan chicken pox dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif) selama bertahun-tahun.

Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, dan menyebabkan lepuhan dan kayap.



Ramai cakap kayap ular boleh bawa maut jika bersambung
Menurut Dr Samhan, sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular.

Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular. Kayap ini biasanya akan menyerang satu saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja.

Setiap akar saraf mempunyai dua set yang sama untuk memberikan deria sentuhan di kedua-dua belah kiri dan kanan bahagian badan.

Maka, apabila virus tadi kembali aktif, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut. Memang agak mustahil juga untuk kayap ular itu mengelilingi badan kita.

Ia biasanya melibatkan bahagian dada dan muka. Ada segolongan kecil pesakit mungkin mengalami lebih daripada satu bahagian badan tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan serentak. Ia takkan bersambung. Itu semua mitos!

Rawatan

Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular. Tetapi rawatan perubatan yang betul mampu memendekkan jangka masa penyakit dan mengelakkan komplikasi.

Berikut merupakan ubat yang biasa dipreskripsi oleh doktor:

1. Anti-viral – seperti Acyclovir. Ia penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.

2. Ubat tahan sakit – seperti NSAIDs untuk membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.

3. Krim antibiotik – sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Ramai cakap kayap ular boleh bawa maut jika bersambung

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker