Israel hilang sokongan dunia – PM Ireland

Israel hilang sokongan dunia – PM Ireland

Israel hilang sokongan dunia - PM Ireland
PENDUDUK Palestin memeriksa kesan kemusnahan susulan serangan Israel di Rafah, selatan Gaza. FOTO AFP

London: Perdana Menteri Ireland pada Rabu berkata, apa yang berlaku di Gaza juga bencana bagi Israel kerana rejim itu kehilangan sokongan di seluruh dunia.

Leo Varadkar berkata, ia adalah bencana kerana konflik yang dicetuskan rejim itu tidak akan membawa ‘keselamatan’.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan Israel menjejaskan keselamatan jangka panjang dan jangka sederhana.



“Ini tidak akan membawa kepada keamanan dan mereka semakin hilang sokongan. Malah, sekutu terdekat mereka Amerika Syarikat, saya percaya mula meragui apa yang mereka lihat sedang berlaku di Gaza ,” katanya kepada kepada Parlimen Ireland di Dublin, lapor Agensi Anadolu.

Mengenai undian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa untuk gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza, beliau berkata, ia penting dan Ireland menyambut baik usaha itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan Turun Pangkat?




“Hanya 10 negara kini berpihak kepada Israel dan apa yang kita lihat berlaku di Gaza adalah bencana mutlak bagi rakyat Palestin dan mereka mengalami penderitaan yang begitu dahsyat,” kata Varadkar.

Resolusi tidak mengikat itu, dibentangkan oleh Mesir dengan sokongan hampir 100 negara, termasuk Turkiye dan diluluskan pada sesi khas tergempar mengenai Palestin, dengan 153 undi menyokong daripada 193 negara anggota.

Leo Varadkar berkata, konflik di Gaza adalah “bencana strategik” bagi rejim itu yang sudah membuat “kesilapan besar.”

Sambil menyuarakan kebimbangan mengenai situasi semasa di wilayah yang terkepung itu, beliau berkata, Ireland menyifatkan keadaan itu “tidak boleh diterima.”



Beliau menggesa supaya pengeboman tanpa henti dan pembunuhan orang awam yang tidak bersalah dihentikan dan menegaskan bahawa kerajaan Ireland akan membawa kes itu ke Brussels dan platform lain untuk memastikan gencatan senjata segera dan berkekalan.

Israel mengebom Semenanjung Gaza selama lebih dua bulan, membunuh lebih 18,500 rakyat Palestin dan mengakibatkan kemusnahan teruk di wilayah itu.

Israel hilang sokongan dunia – PM Ireland

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button