Menang PRK Pelangai, Benarkah Melayu Sudah Kembali Pada UMNO?

Menang PRK Pelangai, Benarkah Melayu Sudah Kembali Pada UMNO?

Menang PRK Pelangai, Benarkah Melayu Sudah Kembali Pada UMNO?

Pengundi di Pelangai telah membuat keputusan untuk mengekalkan kerusi PH/BN dengan memberikan kemenangan kepada calon PH/BN, Amizar Abu Adam dalam PRK Pelangai.

Dalam pertandingan 3 penjuru itu, Amizar memperolehi 7,324 undi dan menewaskan pencabar terdekat dari PN, Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi.

Manakala seorang lagi calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli yang hanya mendapat 47 undi.

Dalam meraikan kemenangan PH/BN di PRK Pelangai, adakah ianya memberikan satu isyarat yang pengundi Melayu sudah kembali kepada UMNO?



Sebelum mendakwa pengundi Melayu sudah kembali kepada UMNO, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Pertama, majoriti yang diperolehi oleh Amizar jelas merosot berbanding majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Johari Harun dalam PRU 15.

Pada PRU 15, Allahyarham Johari menang dengan majoriti 4,048 undi dalam pertandingan 4 penjuru di DUN Pelangai.

Manakala dalam PRK Pelangai, calon PH/BN, Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi sahaja.



Secara perbandingan majoriti undi yang diperolehi oleh calon PH/BN telah merosot sebanyak 1,099 undi atau 72.8%.

Jumlah undi yang diperolehi oleh calon PN pula meningkat dari 3,260 dalam PRU 15 kepada 4,375 undi dalam PRK Pelangai.

Peningkatan sebanyak 1,115 undi atau 34.2%.

Kemerosotan majoriti kemenangan dan peningkatan jumlah undi PN mestilah dicari puncanya dengan segera.

UMNO Tidak Lagi Menjadi Pilihan Pengundi Felda

Isu kedua adalah prestasi UMNO di Felda.

DUN Pelangai mempunyai 3 rancangan Felda.

Felda Sungai Kemasul, Felda Sungai Kemahal dan Felda Chemomoi.

Kawasan Felda adalah kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu, di mana secara purata peratus pengundi Melayu di Felda melebihi 90%.

Dalam PRK Pelangai, PH/BN tewas di 2 dari 3 kawasan Felda di Pelangai.

PH/BN tewas di Felda Sungai Kemasul, Felda Sungai Kemahal dan hanya menang di Felda Chemomoi dengan majoriti 182 undi.

UMNO mesti mencari punca mengapa parti tersebut tidak lagi menjadi pilihan kepada pengundi di Felda yang majoritinya adalah Melayu.

Persoalan yang terakhir adalah, adakah kemenangan calon UMNO di Pelangai adalah kerana kekuatan UMNO atau dengan bantuan pengundi PH.

Jangan lupa, DUN Pelangai adalah kubu kuat UMNO sejak dari zaman mantan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub.

Menang PRK Pelangai, Benarkah Melayu Sudah Kembali Pada UMNO?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker