MADRID: Jaringan Rodrygo dan Federico Valverde memberikan Real Madrid kemenangan 2-1 mengatasi jirannya, Atletico Madrid dalam pertembungan tegang awal pagi tadi seterusnya kembali ke persada La Liga.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti mula mempertahankan gelaran mereka dengan rentak terbaik apabila mencipta rekod 100 peratus kemenangan dalam enam perlawanan.
Kemenangan ini membawa Real dua mata di atas Barcelona, yang sebelum ini mengatasi mereka selepas beraksi semalam.
Perlawanan itu dicemari ejekakn perkauman terhadap penyerang Real Madrid dari Brazil, Vinicius Junior di luar stadium sebelum perlawanan yang dicetuskan oleh kritikan mengenai gayanya menari meraikan gol.
Penyokong juga membaling objek kepada Vinicius selepas Real menjaringkan gol dan mengejeknya pada penghujung aksi.
Seorang lagi pemain Brazil, Rodrygo, memecahkan kebuntuan pada minit ke-18 dan meraikannya bersama Vinicius seterusnya mencetuskan kemarahan penyokong Atletico.
“Pertembungan dengan jiran sentiasa penting tetapi hari ini ia agak berbeza kerana apa yang berlaku minggu ini,” kata Rodrygo.
“Kami membalasnya di padang, dan saya hanya bercakap dengan diri sendiri. Saya sangat gembira bermain baik dan menjaringkan satu lagi gol.”
Madrid kehilangan pemain yang cedera, Karim Benzema ketika tuan rumah memilih Antoine Griezmann dalam kesebelasan utama pertama kali musim ini dan mereka menguasai pada babak awal.
Vinicius kemudian bergandingan dengan Luka Modric sebelum sepakannya terkena palang dan Fede Valverde menyambarnya untuk gol jarak dekat selepas 36 minit.
Mario Hermoso kembali merapatkan jaringan pada minit ke-83 namun Atletico gagal mencipta kebangkitan. – AFP
Like this:
Like Loading...
Related