Kem pelarian Rohingya terbakar, 2,500 hilang tempat berteduh
Kem pelarian Rohingya terbakar, 2,500 hilang tempat berteduh

Dhaka: Sekurang-kurangnya 2,500 orang hilang tempat berteduh selepas kebakaran melanda sebahagian kem pelarian Rohingya di Bangladesh pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sebanyak 500 kem perlindungan di Cox’s Bazar Kem 5 dijilat api dan anggota penyelamat mengambil masa tiga jam sebelum kebakaran berjaya dikawal, kata Pegawai Mohammad Iqbal.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian di Bangladesh berkata menerusi platform X bahawa pihaknya akan memberikan bantuan.
Bangladesh telah menjadi tuan rumah kepada satu juta pelarian Rohingya di 34 kem di Cox’s Bazar.
Kem pelarian Rohingya terbakar, 2,500 hilang tempat berteduh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?
- UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’
- Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :