Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau

Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau

Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau

Siapa yg mengikuti sejarah politik Dr Mahathir akan tahu beliau adalah politikus paling licik dalam sejarah politik negara.

Politiknya sejak era 60’an sehingga sekarang masih menggunakan kaedah, teknik dan pendekatan yang sama.

Berbaik dengan musuh politik (Ku Li), berbaik dgn musuh politik yang diaibkan ( Anwar), berbaik dengan musuh politik yang dikafirkan (PAS) dan berbaik denga musuh politik yang dibenci (DAP).



Satu lagi teknik adalah pecah dan perintah.

Beliau lakukan di Sabah hingga parti bangsa Dusun/Kadazan berpecah.

Seperti kata Ismail Sabri suatu ketika dahulu, Dr Mahathir punca orang Melayu berpecah.

Kerana Dr Mahathir wujudnya S46, PKR, Bersatu dan Pejuang.



Maka beliau wujudkan perpecahan kepada orang Melayu yang dibuai mimpi oleh permainan politik agar orang Melayu tidak bersatu.

Dr Mahathir bolehlah dianggap serial political assassination dengan mematikan musuh politiknya.

Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh, DS Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Badawi dan DS Najib adalah antara mangsanya.

Musuh politiknya ini yang tidak dikehendaki atau mahu dijatuhkan karier politiknya akan diwujudkan pelbagai cerita untuk menanam kebencian ahli dan rakyat.



Sekarang beliau bersama PAS.

PAS sebenarnya adalah mangsa terbaru.

PAS lupa begitu ramai tokoh politik UMNO yang dikapankan oleh Dr Mahathir kerana kepentingan peribadinya.

Apakah PAS sudah lupa apa yg dikatakan oleh Mahathir:



“Inilah perbuatan PAS yang tidak boleh dimaafkan kerana sebelum tertubuhnya parti ini, orang Melayu tidak berpecah kerana agama”.

“Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu sehingga PAS terpaksa meminta pertolongan orang kafir”.

Dr Mahathir licik.

Bersama PH dirinya konon pejuang melawan perasuah.



Perkembangan muktahir ini, beliau bersama Daim dikaitkan dengan skandal berbilion wang rakyat.

Beliau tuduh PAS punca Melayu berpecah sedangkan beliaulah yang membuat orang Melayu berpecah.

Play victim Dr Mahathir memang mudah dibaca kepada mereka yang analitikal mengikuti perjalanan politiknya.

Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button