“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul" - Najib

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul”



Itu reaksi Dato Sri Najib kepada permintaan wartawan yang mengambil foto beliau diluar Mahkamah.

Beliau diiringi kawalan ketat pegawai penjara keluar sebentar untuk ke tandas dan wartawan menanti peluang itu merakamkan wajah beliau.

Beliau dipercayai merujuk kepada laporan media yang memburukkan imej beliau menggunakan keterangan saksi SPRM, Nur Aida Arifin.

Banyak laporan akhbar merujuk kepada jumlah wang yang dibacakan saksi kononnya digunakan Najib bagi membeli undi pada PRU13.



"Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul" - Najib

Perkara tersebut telah dipertikaikan Tan Sri Shafee Abdullah selaku Peguambela Najib di hadapan YA Hakim Collin semalam.

Shafee menyatakan keterangan Aida selaku saksi SPRM telah menjatuhkan hukuman secara tidak langsung keatas Najib menerusi keterangan yang dibacanya.

Hakim bersetuju dengan hujah Shafee dan meminta pihak Pendakwaraya membetulkan kembali kenyataan saksi.



Perbicaraan bersambung Isnin 8 Januari 2024.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button