Wartawan ditahan polis, ceroboh rumah MB Selangor

Wartawan ditahan polis, ceroboh rumah MB Selangor

Wartawan ditahan polis, ceroboh rumah MB Selangor
GAMBAR HIASAN

Shah Alam: Tiga pengamal media tempatan ditahan polis kerana menceroboh masuk dalam kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata ketiga-tiga lelaki berusia 31 hingga 35 tahun itu ditahan pada jam 7.30 malam semalam.

Beliau berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 6.10 petang dibuat oleh Pembantu Operasi di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.



Katanya, siasatan mendapati kesemua suspek menggunakan kereta Proton Waja untuk memasuki kediaman berkenaan melalui Pondok Pos Pengawal utama tanpa mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada pihak kerajaan negeri.

“Bertindak diatas maklumat, tangkapan dilakukan terhadap kesemua suspek jam 7.30 petang semalam.

“Suspek dalam kes itu adalah tiga lelaki tempatan dipercayai bertugas di syarikat media tempatan serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek memberi alasan untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di kediaman berkenaan tetapi tidak mempunyai jemputan secara rasmi daripada pihak Menteri Besar Selangor,” katanya.



Mohd Iqbal berkata, kesemua tangkapan dibenarkan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes ini.

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai tiga bulan atau denda yang boleh sampai RM1,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

Wartawan ditahan polis, ceroboh rumah MB Selangor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading