Masjid pertama di Afrika dibaik pulih

Masjid pertama di Afrika dibaik pulih

Masjid pertama di Afrika dibaik pulih
MASJID Al-Nejashi.

Istanbul: Masjid pertama di Afrika selepas penghijrahan umat Islam dari Makkah, yang rosak akibat konflik di Tigray, Ethiopia akan dibaik pulih tidak lama lagi.

Proses pembaikan semula itu dikelola agensi bantuan pembangunan Turkiye, lapor Anadolu Agensi.

Polat berkata, Pemangku Ketua Pentadbiran Wilayah Tiqray, Getachew Reda mengalu-alukan inisiatif memulihara struktur itu, yang sebelum ini pernah dibaiki Tika pada 2018 sebelum konflik Tigray bermula.



“Proses pemeriksaan, penilaian teknikal dan ukur sudah dilaksana sebagai memulakan projek pemulihan kedua ini disebabkan struktur masjid rosak dalam perang dua tahun lalu, selain akibat cuaca buruk,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan

Terletak di bandar Wukro, 790 kilometer di utara ibu negara Ethiopia, Masjid Al-Nejashi dikatakan masjid pertama di Afrika, dinamakan sempena nama penguasa kerajaan Aksum yang membantu sahabat Nabi Muhammad SAW melarikan diri daripada penganiayaan di Makkah.​

Masjid pertama di Afrika dibaik pulih

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button