Dunia ‘kiamat’ jika 3.5 trilion tan karbon dioksida dilepaskan
Dunia ‘kiamat’ jika 3.5 trilion tan karbon dioksida dilepaskan
PARIS: Dunia boleh ‘kiamat’ sekiranya pemanasan global melangkaui had 1.5 darjah Celcius, apatah lagi menjadi lebih buruk jika melewati dua ke tiga Celcius.
Bumi sudah ‘penat’ berdepan malapetaka dahsyat dengan cuaca ekstrem membadai di hampir semua pelosok dunia, manakala, peningkatan aras laut boleh menenggelamkan kawasan rendah pesisir pantai.
Impaknya sudah tentu membawa implikasi besar kepada tamadun manusia.
Penilaian Jurang Pengeluaran Tahunan PBB tahun lalu mendapati beberapa negara merancang untuk membakar lebih dua kali ganda bahan api fosil menjelang 2030 yang konsisten dengan matlamat pelepasan suhu.
Namun, sehingga kini belum ada inventori global yang komprehensif mengenai pengurusan baki rizab negara.
Keadaan itu menyebabkan kemarau, banjir, ribut taufan serta paras air laut yang makin meningkat.
Menurut inventori awam pertama hidrokarbon yang disiarkan, pembakaran rizab bahan api fosil yang tinggal di dunia akan mengeluarkan 3.5 trilion tan pelepasan gas rumah hijau, iaitu tujuh kali ganda baki bajet karbon untuk mengehadkan pemanasan global pada 1.5 Celcius.
PENGURUSAN RIZAB
Pendaftaran Global Bahan Api Fosil berusaha memberikan penjelasan mengenai rizab minyak, gas dan arang batu bagi mengisi jurang pengetahuan tentang bekalan global serta membantu penggubal dasar mengurus pemansuhan dengan lebih baik.
Terdapat lebih 50,000 kawasan merentasi 89 negara dan sesetengah negara sendiri memegang rizab yang mengandungi karbon yang mencukupi untuk menjadi bajet karbon dunia.
Sebagai contoh, rizab arang batu Amerika Syarikat (AS) membenamkan 520 bilion tan yang setara CO2.
China, Russia dan Australia semuanya mempunyai rizab mencukupi untuk mencapai sasaran 1.5 Celcius.
Timbalan Pengarah Perjanjian Antipeningkatan Bahan Api Fosil, Rebecca Byrnes berkata, baki rizab bahan api fosil mengandungi tujuh kali ganda pelepasan karbon untuk mencapai matlamat 1.5 Celcius.
“Selagi kita tidak mengukur apa yang dihasilkan, ia amat sukar untuk mengukur dan mengawal pengeluaran gas tersebut,” katanya kepada AFP.
NEGARA ARAB TERCEMAR
Sumber pelepasan gas CO2 paling kuat adalah medan minyak Ghawar di Arab Saudi yang menghasilkan kira-kira 525 juta tan pelepasan karbon setiap tahun, daripada 50,000 kawasan projek minyak yang direkodkan.
Menurut pangkalan data itu, sebanyak 12 tapak paling mencemarkan terletak di negara Teluk atau Russia.
Byrnes berkata, inventori itu boleh membantu menggunakan tekanan pelabur di negara yang mempunyai rizab hidrokarbon yang besar tetapi melihat sedikit prospek tekanan popular untuk beralih daripada bahan api fosil.
“Ini menunjukkan ia adalah cabaran global dan banyak negara yang merupakan pengeluar utama tetapi tidak demokratik seperti Amerika Syarikat.
“Data ini penting untuk menguruskan bahan api fosil besar-besaran. Ia memberi penerangan tentang di mana pengeluaran bahan api fosil berlaku supaya kerajaan sesebuah negara perlu dipertanggungjawabkan,” katanya.
Inventori itu menyerlahkan kebolehubahan besar dalam harga karbon antara negara, dengan cukai pelepasan menjana hampir AS$100 (RM454) setiap tan di Iraq, sedangkan hanya AS$5 (RM22) setiap tan di Britain.
Menteri Luar Tuvalu, Simon Kafe berkata, pangkalan data itu boleh membantu menamatkan pengeluaran arang batu, minyak dan gas dengan berkesan.
“Ia akan membantu kerajaan, syarikat dan pelabur membuat keputusan untuk menyelaraskan pengeluaran bahan api fosil mereka dengan had suhu 1.5 Celcius secara konkrit bagi menghalang semua negara di dunia melakukan pencemaran udara,” katanya.-AFP
Dunia ‘kiamat’ jika 3.5 trilion tan karbon dioksida dilepaskan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?
- Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
- Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :