Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

Dalam ucapan Pelancaran Jentera Pemuda BN, pengerusi BN, DS Zahid Hamidi, beliau bertanya kepada Pemuda BN, sanggupkah mereka meredah banjir untuk memastikan BN menang.

Ianya disambut dengan penuh semangat oleh semua Pemuda BN yang hadir, SANGGUP…

Bagi penulis, itu adalah ucapan politik untuk pengerusi BN menguji kesiasagaan jentera akar umbi BN seluruh negara khususnya di kalangan anak muda.

Ianya juga memberi isyarat yang sangat jelas bahawa jentera pilihanraya akar umbi BN di seluruh negara sudah bersedia sepenuhnya.

Malah ianya diakui oleh Timb Pengerusi BN, DSU Mohamad Hasan yang menjelajah ke seluruh negara untuk melihat sendiri semangat dan kesiapsagaan jentera pilihanraya di akar umbi.

Untuk rekod, sebelum pelancaran jentera pilihanraya Pemuda BN, kita juga sudah menyaksikan pelancaran jentera pilihanraya Puteri dan Wanita BN.

Apa yang dinantikan hanyalah detik Ismail Sabri mengadap SPB YDP Agong dan memohonn supaya parlimen dibubarkan.

Dalam bersemangat menghadapi PRU 15, kita jangan lupa bahawa kuasa membubarkan parlimen adalah kuasa prerogatif SPB YDP Agong.

Keputusan sama ada mahu membubarkannya atau tidak adalah terpulang kepada budi bicara baginda YDP Agong.

Dan dalam membuat keputusan, baginda tidak terikat dengan nasihat dari mana-mana pihak sekali pun, termasuklah dari Perdana Menteri.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara55-Ma.Html

Rafizi Sebenarnya Mencabar Kuasa SPB YDP Agong

Dalam memberikan respon, Timb Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan menggerakkan pungutan suara rakyat untuk membantah ucapan Pengerusi BN, DS Zahid Hamidi.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/221815/berita/politik/rafizi-buat-pungutan-suara-rakyat-isu-kenyataan-ahmad-zahid

Penulis agak hairan, apa sebenarnya yang hendak dibantah oleh Rafizi dan dari siapa pungutan suara itu hendak dibuat?

Sebagai Pengerusi BN, DS Zahid hanya menyampaikan suara akar umbi BN kepada Naib Presiden UMNO yang juga merupakan Perdana Menteri.

DS Zahid tidak ada kuasa untuk menasihati YDP Agong, apa lagi untuk bertindak membubarkan parlimen.

Penulis faham, Rafizi sebenarnya membantah sekiranya PRU 15 diadakan pada penghujung tahun atau lebih tepat dalam masa terdekat.

Sebab sebenar adalah kerana beliau tahu sekiranya berlaku PRU 15 berlaku sekarang, harapan untuk PH pertahankan kerusi sedia ada sangat tipis, apa lagi mahu membentuk kerajaan.

Itu sebenarnya yang beliau bimbangkan, bukan kerana beliau bimbangkan keselamatan rakyat.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/09/19/pru-15-bulan-november-ph-pn-bimbangkan-keselamatan-rakyat-atau-bimbangkan-perkara-lain/

Kalau pun Ismail Sabri mengadap SPB YDP Agong untuk memohon supaya parlimen dibubarkan, YDP Agong mempunyai beberapa pilihan.

Tidak semestinya baginda ‘WAJIB’ memperkenankan pembubaran parlimen.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/09/14/war-cabinet-akan-di-bentuk-selepas-28-september-2022/

Sebenarnya dalam hasutan Rafizi untuk membuat pungutan suara, bukanlah untuk membantah ucapan DS Zahid.

Rafizi sebenarnya cuba menghasut rakyat supaya ‘mengarahkan’ baginda dalam menggunakan hak prerogatif baginda.

Ini adalah sangat jelas perlakuan untuk mengahasut rakyat supaya menderhaka kepada SPB YDP Agong.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan dibenarkan berlaku.

Selain dari membubarkan parlimen, SPB YDP Agong juga mempunyai kuasa prerogatif dalam 2 perkara lain:

  1. Memilih dan melantik Perdana Menteri
  2. Memanggil Majlis Raja Raja Melayu bersidang

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara40-Ma.Html

Sekiranya beliau dibiarkan menghasut dalam perkara yang bersangkutan dengan kuasa prerogatif YDP Agong hari ini, tidak mustahil akan diulanginya lagi di masa akan datang.

Jawatan Timb Presiden PKR, tidak ‘menghalalkan’ tindakan beliau mencabar kuasa YDP Agong!!!

Rafizi Menghasut Tanpa Menyemak Fakta

Penulis tidak pasti sama ada Rafizi ada membuat ‘homework’ sebelum membuat kenyataan mahu adakan pungutan suara rakyat.

Pilihanraya Umum yang ke 10, ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, telah dibuat pada 29 November 1999.

Baca di sini:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_1999

Dan Pilihanraya Negeri Sarawak telah diadakan pada 20 Disember 2021.

Baca di sini:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Keputusan_pilihan_raya_negeri_Sarawak_2021

Kedua-dua pilihanraya tersebut telah dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Jadi apa masalahnya sekiranya PRU 15 diadakan pada bulan Oktober @ November @ Disember 2022?

Atau mungkin penulis terlupa bahawa Rafizi pernah mengakui bahawa tugas beliau adalah sebagai penghasut.

Dan tujuan Rafizi menghasut adalah semata-mata untuk menang pilihanraya, bukan untuk memajukan negara, sebab itu selepas menang dalam PRU 14, Rafizi masuk gua.

Rafizi sedar, pemimpin PH hanya berkebolehan untuk menghasut tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mentadbir negara.

Jadi Rafizi tidak mahu dilihat sebagai sebahagian dari kumpulan yang gagal mentadbir negara.

Sekurang-kurangnya dalam kempen PRU 15, ada orang yang boleh naik ke atas pentas dan mendakwa, benar PH pernah gagal, tetapi ketika itu saya tiada.

 

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker