Pagoh akan kembali kepada BN

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Pagoh akan kembali kepada BN

Kerusi Parlimen Pagoh yang dimenangi Pakatan Harapan pada PRU14 dijangka akan kembali menjadi milik BN pada PRU15.

Gelombang perubahan Parlimen Johor sudah mulai kelihatan selepas kegagalan PH menepati manifesto mereka.

Bagaimanapun, daripada 26 kerusi Parlimen Johor, BN Johor hanya ada 8 kerusi Parlimen. Bakinya dikuasai Pakatan Harapan, PPBM dan MUDA.

Pagoh akan kembali kepada BN

Pada PRN Johor, kesedaran mula melanda pengundi apabila BN menang 40 kerusi DUN dari 56 kerusi yang dipertandingkan.

Paling mengejutkan, penyandang DUN Gambir, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berani mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU14 menggunakan tiket PKR.

Pada PRU15 tidak mustahil kerusi yang dimenangi PPBM atas tiket PKR akan bertukar tangan termasuklah Pagoh.

 

Jika semasa berkempen pada PRU14, sokongan menyebelahi Muhyiddin, sudah pasti kali ini akan berbeza.

PENGUNDI PAKATAN HARAPAN TIDAK AKAN SOKONG PENGKHIANAT

Pagoh akan kembali kepada BN

Ini adalah kerana pengundi Pakatan Harapan tidak akan menyebelahi Muhyiddin lagi berikutan ‘pengkhianatan’ yang telah PPBM lakukan.

Pada PRU13, Muhyiddin memperolehi majoriti undi sebanyak 12,842 undi tetapi pada PRU14 menurun ke 6,927 undi.

Penurunan mendadak majoriti Muhyiddin sebenarnya merupakan isyarat penolakan pengundi terhadap bekas MB Johor yang bertanding menggunakan lambang PKR yang sangat asing buat penyokongnya.

Pagoh akan kembali kepada BN

Statistik penduduk di Parlimen Pagoh pada 2020, menunjukkan peningkatan jumlah kepadatan sekaligus menyumbang kepada jumlah pengundi pada PRU15 kelak.

Rekod Muhyiddin sebagai Perdana Menteri GAGAL akan dinilai penduduk Pagoh terutama Kaum Cina yang berkapasiti sebanyak 23.9% daripada 95,202 jumlah penduduk Pagoh.

Melihat kepada pecahan statistik PRU14, Kaum Melayu masih memainkan peranan besar pengaruh undi dengan menguasai 65.96% berbanding Cina 29.76%, India 3.72% dan kaum lain 0.61%.

Pagoh akan kembali kepada BN

Muhyiddin yang kini merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dilihat tidak efektif dalam menjalankan tugas.

Sebaliknya beliau lebih tertumpu untuk mencari ruang ‘kerjasama’ dengan PH bagi memastikan BN tidak menang pada PRU akan datang.

Ini semua akan dipertimbangkan pengundi sebelum mereka membuat keputusan penting samada mahu mengekalkan seorang yang telah GAGAL mengurus negara dengan baik atau memilih seorang wakil baru yang lebih baik dari Muhyiddin.

Pagoh akan kembali kepada BN

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker